Jurnal Al-Sirat
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat
Jurnal Al-SiratPenerbit UNIQSAASen-USJurnal Al-Sirat1823-4313PENDEKATAN ISLAM DALAM MENGHADAPI IDEOLOGI GENDER MODEN: ANALISIS ISU LGBTQ+ KONTEMPORARI
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/520

Isu LGBTQ+ semakin menonjol sebagai cabaran ideologi global dalam masyarakat masa kini, khususnya melalui penyebaran ideologi gender moden yang berakar daripada pemikiran liberal serta diperkukuh oleh media digital, pendidikan global dan hak asasi manusia. Perkembangan ini bukan sahaja mempengaruhi cara manusia mentafisr identiti dan kebebasan diri, malah mencabar kefahaman Islam tentang fitrah dan akhlak terutama dalam kalangan generasi muda Islam. Oleh itu, objektif kajian ini ialah menganalisis ideologi gender moden dan isu LGBTQ+ sebagai cabaran ideologi global dari perspektif Islam berasaskan aqidah, syariah dan maqasid syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan kajian perpustakaan dengan menganalisis karya sarjana Islam klasik dan kontemporari, dokumen badan antarabangsa dan literatur akedemik dalam bidang gender, psikologi dan media. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ideologi gender moden atau LGBTQ+ berfungsi sebagai kerangka pemikiran yang bertentangan dengan prinsip asas Islam khusunya dalam aspek penjagaan agama, keturunan akal dan moral serta berpotensi melemahkan institusi kekeluargaan dan kesejahteraan masyarakat. Terakhir, kajian ini menegaskan keperluan pendekatan Islam yang mampan berteraskan aqidah, syariah, maqasid syariah, akhlak dan tasawuf, bagi menangani cabaran ideologi gender moden secara tegas pada prinsip.
Haswira Salleh AhimRabi’atul Adawiah Azman
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-302619410610.64398/alsirat.v26i1.520PENERAPAN FIQH AL-DA’WAH DALAM MASYARAKAT MULTI ETNIK DI MALAYSIA
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/534

Sebagai sebuah negara yang dilatari oleh oleh masyarakat majmuk dengan pelbagai etnik, Malaysia menjadi hub dakwah yang penting di rantau Asia Tenggara berdasarkan faktor sejarah, kepimpinan, pengurusan hal ehwal Islam yang berstruktur dan eko sistem politik yang masih dikira aman. Kemajmukan ini memerlukan pendekatan dakwah yang relevan, sesuai dan harmoni. Artikel ini cuba mengupas konsep fiqh dakwah dan bagaimana ia boleh berperanan dalam konteks dakwah terhadap masyarakat majmuk di Malaysia. Dalam hal ini, fiqh dakwah yang fleksibel dan inklusif dapat memupuk keharmonian serta mengurangkan konflik antara etnik, kepercayaan dan agama yang berbeza. Metode yang digunakan dalam menghasilkan penulisan ini ialah berdasarkan analisis dokumen dengan merujuk jurnal, buku dan lain-lain dokumen berkaitan subjek kajian. Melalui analisis literatur dan pengalaman di lapangan mendapati perlunya pendekatan yang inklusif dan akomodatif berdasarkan penguasaan terhadap fiqh dakwah terhadap aspek budaya dan identiti etnik dalam usaha menyebar dakwah yang berkesan di Malaysia. Analisis literatur mendapati fiqh dakwah memainkan peranan penting dalam memastikan Islam dapat diterima secara harmoni dalam masyarakat majmuk Malaysia yang beragam kepercayaan, adat dan budaya etnik yang pelbagai. Adalah penting para pendakwah menguasai fiqh dakwah dalam memastikan mesej dakwah diterima baik mad’u seterusnya mengelakkan fitnah terhadap agama.
Abdul Ghafar DonAhmad Effat Mokhtar
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-3026121021710.64398/alsirat.v26i1.534الأحكام الفقهية التي تشغل السجين دراسة فقهيّة
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/528

تتناول هذه الدراسة الأحكام الفقهية المتعلقة بالسجناء، مع التأكيد على أن السجن لا يُسقط أهلية التكليف عن المسلم، إذ يظل السجين ملتزمًا بالأحكام الشرعية التي تنظم علاقته بالله وبنفسه وبالآخرين، خاصة في مجالات العبادات والمعاملات وشؤون الأسرة. وتعالج الدراسة فجوة تتمثل في قلة الطرح المنهجي المنظم للقضايا الفقهية العملية التي يواجهها السجناء، حيث تركز معظم الدراسات على أنظمة السجون بدلًا من الواجبات الدينية في حال الحبس. وتهدف إلى بيان مفهوم السجن ومشروعيته ومقاصده في الإسلام، عرض أبرز الأحكام الفقهية المؤثرة في الحياة اليومية للسجين، تحليل نماذج من الفتاوى المعاصرة ذات الصلة.وتعتمد الدراسة منهجًا نوعيًا قائمًا على الاستقراء والاستنباط، من خلال الرجوع إلى مصادر الفقه التراثية والفتاوى المعاصرة، مع تحليلها تحليلاً وصفيًا مقارنًا بين المذاهب الفقهية.وتُظهر النتائج أن السجن معترف به في الشريعة الإسلامية كعقوبة تعزيرية تهدف إلى الإصلاح وحماية المجتمع، وأن السجين مُلزم بأداء العبادات بحسب استطاعته، مع وجود رخص شرعية كالتيمم والتخفيف في الصلاة والصيام. كما تظهر خلافات فقهية في بعض المسائل مثل الطهارة، والصلاة في الثوب النجس، والحقوق الزوجية.
Rabie Mohamad Mohamad Abdelrahman
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-3026119020910.64398/alsirat.v26i1.528SYIAR ISLAM DALAM KONTEKS PERBANDARAN (AL-IMRANIYYAH) MAJMUK: SUATU PEMERHATIAN TERHADAP LAHIRIAH BANDAR KUANTAN, PAHANG (LALUAN BUKIT PELINDUNG KE JAMBATAN TANJUNG LUMPUR)
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/527

Kajian ini meneliti manifestasi syiar Islam dalam konteks perbandaran majmuk di Kuantan, Pahang. Menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan penerapan metode pemerhatian lapangan, dokumentasi dan analisis tematik, kajian ini menilai sejauh mana unsur lahiriah di kawasan tersebut mencerminkan nilai keislaman dan lawan nilai keislaman. Data dikumpulkan sepanjang laluan utama iaitu dari Bukit Pelindung ke Jambatan Tanjung Lumpur. Ia melibatkan pemerhatian terhadap masjid, surau, institusi perbankan Islam, serta simbol dan aktiviti yang bertentangan dengan nilai Islam. Analisis data dilakukan menggunakan gabungan metode induktif, deduktif dan tematik bagi mengenal pasti corak dan perbandingan antara aspek keislaman dan lawan keislaman. Dapatan kajian menunjukkan ketidakselarasan yang ketara, di mana elemen dan nilai bukan Islam jauh melebihi simbol Islam dengan nisbah 50 :9. Hal ini menunjukkan ketidakseimbangan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta realiti penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Kajian ini menegaskan keperluan memperkukuh keterlihatan syiar Islam di ruang awam melalui pembinaan masjid, surau, monumen dan papan tanda Islam, serta kawalan terhadap iklan dan aktiviti yang bertentangan dengan nilai Islam agar pembangunan bandar dan pelancongan selaras dengan asas Islam di Malaysia.
Siti Hafizah Mohamad NazeerMohd Faizal Abdul KhirMardhiah Ahmad SahimiAbdul Aziz Syed Ali
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-3026117818910.64398/alsirat.v26i1.527HUKUM KANUN PAHANG SEBAGAI COUNTER-ARCHIVE: ANALISIS DEKOLONIAL TERHADAP ARKIB KOLONIAL BRITISH
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/526

Hukum Kanun Pahang (HKP) ialah kod undang-undang bertulis tertua kedua di Tanah Melayu selepas Hukum Kanun Melaka Ia disusun semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah (1592-1614). Kajian ini menilai HKP sebagai sebuah counter-archive yang mencabar dominasi arkib kolonial British dalam pembentukan historiografi Pahang dan Tanah Melayu. Berasaskan kerangka teori kuasa–pengetahuan Foucault, teori arkib kolonial Stoler, orientalisme Said dan epistemic injustice Fricker, kajian ini menunjukkan bahawa pengabaian terhadap HKP dalam sumber kolonial bukanlah kecuaian, tetapi strategi epistemik yang terancang untuk mengekalkan hegemoni imperial. Melalui analisis hermeneutik, analisis teks hukum, pembacaan against the grain dan triangulasi antara manuskrip tempatan serta dokumen kolonial, kajian ini mendapati HKP membuktikan kewujudan sistem undang-undang bertulis, struktur governan, ekonomi maritim, etika sosial dan epistemologi Melayu-Islam yang matang sebelum kedatangan British. HKP mengungkapkan memori sejarah yang dipadamkan kolonial termasuk hukum syariah-adat, jaringan perdagangan Sungai Pahang, institusi ulama, dan nilai politik Islam sekali gus memposisikan HKP sebagai dokumen dekolonial yang memulihkan naratif, identiti dan agensi intelektual masyarakat Melayu-Pahang. Kajian ini menegaskan keperluan menulis semula historiografi Pahang melalui sumber tempatan serta mengarusperdanakan HKP dalam penyelidikan undang-undang, sejarah dan governan Melayu-Islam.
Azman YusofAhmad Farid Abd JalalAhnaf Wafi AliasRahimin Affandi Abd Rahim
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-3026115317710.64398/alsirat.v26i1.526THE ANAPHORA AND ANASTROPHE OF SIMILARITIES QURANIC VERSES IN SURAH AL-BAQARAH: A CONTEXTUAL AND RHETORICAL STUDY
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/525

This study examines the rhetorical devices of anaphora and anastrophe (taqdeem and takheer) through a comparative analysis of similar (mutasyabih) Quranic verses in Surah Al-Baqarah and other chapters of the al-Qurʾān, employing a contextual and rhetorical approach. It aims to uncover the underlying reasons for the arrangement and positioning of words and phrases, particularly in relation to precedence and delay, within the Quranic discourse, with specific emphasis on surah Al-Baqarah. Using a descriptive and analytical methodology grounded in contextual theory, the study focuses on selected verses exhibiting taqdeem and takheer, namely 2:17, 2:39, 2:48 and 2:123, and 2:151. The analysis reveals that these rhetorical structures are not arbitrary; rather, they serve distinct purposes such as emphasis, thematic arrangement, specificity of meaning, and the conveyance of warning. The findings highlight how subtle variations in word order contribute to deeper semantic and rhetorical impact, demonstrating the precision and coherence of Quranic expression. This study contributes to a more nuanced understanding of mutasyabih verses and offers insight into the rhetorical sophistication of the al-Qurʾān, particularly in surah Al-Baqarah, thereby enriching contemporary Quranic linguistic and stylistic studies.
Muhammad Anwar AhmadMuhammad Nur Farhan ZamzibaMa'Ahad MokhtarRabiatul Fatimah Azzahra Rashid
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-3026113515210.64398/alsirat.v26i1.525PENGUKUHAN USULUDDIN MENDEPANI PASCAMODENISME DAN PASCA NORMAL: EPISTEMOLOGI DAN APLIKASI
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/524

Artikel ini membincangkan pengukuhan disiplin Usuluddin dalam menghadapi cabaran pascamodenisme dan era pasca normal yang mencabar keutuhan makna, hierarki ilmu, dan metodologi tradisional. Pascamodenisme menolak meta naratif, merelatifkan kebenaran, dan memecah struktur makna, manakala era pasca normal menampilkan ketidakpastian radikal, nilai yang bertembung, dan perubahan tidak linear. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis falsafah dan dokumen terhadap teks klasik (tradisi kalam, tauhid) dan sumber kontemporari (Lyotard, Foucault, Sardar, al-Attas, Nasr). Analisis menunjukkan bahawa pengukuhan Usuluddin bukan sekadar mempertahankan tradisi, tetapi menuntut pemurnian epistemologi tauhid, peluasan tasawur Islam ke isu semasa (AI, media digital, ekologi), serta penataan metodologi, kurikulum, dan tadbir ilmu agar responsif terhadap cabaran global. Artikel ini mengemukakan garis panduan menangani relativisme dan ketidakpastian, serta implikasi pendidikan dan dasar awam berasaskan prinsip tauhid. Kesimpulannya, pengukuhan Usuluddin ialah proses strategik yang membina ketahanan epistemik dan sosial melalui ilmu yang berakar pada Realiti Yang Esa, sambil menghubungkan wahyu dengan rasionalistik dan sains dalam kerangka normatif yang inklusif.
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-3026112213410.64398/alsirat.v26i1.524PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DALAM MENANGANI GEJALA PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB KELUARGA DI MALAYSIA
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/523

Pengabaian tanggungjawab keluarga merupakan isu yang semakin membimbangkan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kegagalan suami dan isteri menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing, termasuk pemberian nafkah, pengabaian keibubapaan, dan perceraian luar mahkamah, boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga serta pembangunan sosial dan moral. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk kaedah doktrinal, bagi mengenal pasti bentuk pengabaian tanggungjawab keluarga dalam kalangan masyarakat Islam serta peranan undang-undang Syariah dalam menanganinya. Penyelidikan ini juga menekankan peranan penguatkuasaan undang-undang Syariah, terutamanya melalui Akta 303 dan peruntukan berkaitan, dalam menangani gejala tersebut. Mahkamah Syariah bersama agensi agama seperti Bahagian Sokongan Keluarga dan Jabatan Agama Negeri memainkan peranan penting dalam memastikan hak keluarga Islam dipelihara. Kajian ini turut membincangkan cabaran penguatkuasaan serta cadangan penambahbaikan melalui pendidikan, kerjasama agensi, dan pemantapan sistem penguatkuasaan.
Muhammad Addi Zawawi AzmanMohammad Ramzi ZakariaMohd Saifuddin Abdul Karim
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-3026111312110.64398/alsirat.v26i1.523PENDEKATAN TEORI DAN PRAKTIK DALAM PERANCANGAN DASAR WANITA: SATU TINJAUAN LITERATUR KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PAHANG 2027–2032
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/522

Pemerkasaan wanita merupakan elemen penting dalam membentuk masyarakat yang inklusif, adil, dan mampan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pendekatan teori dan praktik dalam perancangan dasar wanita melalui sorotan literatur yang komprehensif, seterusnya mencadangkan satu pelan tindakan holistik bagi pelaksanaan Dasar Pembangunan Wanita Negeri Pahang 2027–2032. Dengan mengambil kira kepelbagaian geografi dan demografi negeri Pahang termasuk komuniti FELDA, luar bandar, orang asli dan wanita bandar, pelan yang dicadangkan menekankan keperluan pendekatan dasar yang kontekstual, inklusif dan bersepadu. Hasil tinjauan literatur menunjukkan bahawa dasar pembangunan wanita yang berkesan perlu bersifat rentas sektor dan menumpukan kepada enam bidang strategik: ekonomi dan keusahawanan; pendidikan, ICT dan modal insan; kebudayaan dan ekonomi kreatif; perlindungan sosial, kesihatan dan perundangan; kekeluargaan dan keseimbangan kerjaya; serta kepimpinan dan penyertaan wanita. Antara inisiatif yang dicadangkan termasuk penubuhan Hab Keusahawanan Wanita Pahang (HKWP), Program Literasi Digital Wanita Pahang (PLDWP), Program Pemerkasaan Warisan Wanita (PPWW), Pelan Perlindungan Wanita Negeri Pahang (PPWNP), Pusat Penjagaan Komuniti Wanita Bekerja (PPKWB), dan Akademi Kepimpinan Wanita Pahang (AKWP). Kajian ini menyimpulkan bahawa perancangan dasar wanita yang bersandarkan teori pembangunan inklusif dan digerakkan oleh bukti amalan terbaik mampu menjadi pemacu utama kepada kemajuan wanita di negeri Pahang dalam tempoh perancangan lima tahun akan datang.
Mohammad Ramzi ZakariaAinun Mardhiah SalehudinAzriana RidouanNurul Nadia BrahanuddinYusliha Mohd Yunus
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-3026110711210.64398/alsirat.v26i1.522ANALISIS PERBANDINGAN PERUNDANGAN BERKAITAN HARTA SEPENCARIAN DI PAHANG DAN INDONESIA
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/511

Harta sepencarian merupakan prinsip penting dalam perundangan kekeluargaan Islam yang menegaskan keadilan dalam pembahagian harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan doktrinal menerusi penelitian persamaan dan perbezaan harta sepencarian menurut undang-undang di Pahang (Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri Pahang 2005) dan undang-undang di Indonesia (Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 1 Tahun 1974 Tentang Perkahwinan dan Kompilasi Hukum Islam di Indonesia). Kedua-dua negeri menggariskan perundangan berpandukan kepada prinsip keadilan menurut hukum syarak. Namun begitu, melalui hasil kajian ini terdapat perbezaan dan kelompongan dari sudut pewartaan undang-undang. Analisis perbandingan ini penting bagi mengenal pasti kekuatan serta ruang penambahbaikan agar pelaksanaan harta sepencarian memenuhi keperluan masyarakat semasa dan selari dengan kemaslahatan yang dianjurkan dalam ajaran agama Islam.
Muhammad Faiq Hakimee AzizeeMohammad Ramzi ZakariaAinun Mardhiah Salehudin
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-302611910.64398/alsirat.v26i1.511PENGINTEGRASIAN APLIKASI GIMKIT DALAM PENGAJARAN PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS KEBERKESANAN DAN TAHAP PENGUASAAN MURID TAHUN ENAM
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/519

Peribahasa merupakan elemen penting dalam Bahasa Melayu yang mencerminkan nilai budaya, pemikiran dan akal budi masyarakat Melayu. Dalam konteks pendidikan, penguasaan peribahasa berperanan memperkaya kosa kata murid serta meningkatkan keupayaan mereka menggunakan bahasa secara kiasan dan kontekstual. Namun demikian, murid Tahun Enam masih menghadapi kesukaran memahami maksud tersirat peribahasa, khususnya peribahasa berbentuk kiasan seperti perumpamaan dan kata-kata hikmah. Kesukaran ini menyebabkan murid gagal mengaplikasikan peribahasa secara tepat dalam tugasan lisan dan penulisan, di samping menjejaskan minat mereka terhadap pembelajaran akibat pendekatan pengajaran yang bersifat konvensional dan kurang interaktif. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu yang sukar dikuasai serta menilai keberkesanan aplikasi Gimkit dalam meningkatkan penguasaan peribahasa. Kajian menggunakan reka bentuk campuran yang menggabungkan analisis tematik dan analisis kuantitatif deskriptif terhadap data praujian dan pascaujian melibatkan 20 orang murid.Dapatan menunjukkan bahawa perumpamaan dan kata-kata hikmah merupakan kategori paling mencabar. Penggunaan Gimkit meningkatkan prestasi, motivasi dan keterlibatan murid secara signifikan, selaras dengan Teori Penentuan Kendiri (SDT). Kajian ini mencadangkan integrasi gamifikasi dalam PdP Bahasa Melayu bagi meningkatkan penguasaan bahasa secara lebih efektif.
Azean Idruwani IdrusNur Syuaidatul Haneesa Mohd ShaffieNur Hafiza Muhamad RedzwanWan Nur Insyirah Qistina Wan Ahmad AfifNur Maizatul Asyira KadirNur Fatihah Zaini
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-30261819310.64398/alsirat.v26i1.519PELAKSANAAN HUKUMAN SEBATAN SYARIAH DI TEMPAT TERBUKA: SATU KAJIAN MENURUT MAQASID AL-SYARIAH
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/518

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pelaksanaan hukuman sebatan syariah secara terbuka berdasarkan perspektif maqasid al-syariah. Secara khusus, kajian ini meneliti asas dalil syarak berkaitan hukuman sebatan, menjelaskan tatacara serta hikmah pelaksanaannya, dan menilai sejauh mana hukuman tersebut berperanan dalam pemeliharaan agama, nyawa, akal, maruah serta keamanan masyarakat. Selain itu, kajian ini juga bertujuan menilai implikasi pelaksanaan sebatan terbuka terhadap masyarakat dan imej Islam, serta mengemukakan cadangan penambahbaikan agar pelaksanaannya selari dengan prinsip syariah dan konteks semasa. Dari sudut metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Data dikumpulkan melalui analisis teks al-Quran, hadis Nabi SAW, pandangan fuqaha klasik dan kontemporari, serta dokumen perundangan syariah yang berkaitan dengan pelaksanaan hukuman sebatan. Kerangka maqasid al-syariah digunakan sebagai asas analisis bagi menilai tujuan, hikmah dan kesan pelaksanaan hukuman tersebut. Di samping itu, kaedah perbandingan turut diaplikasikan untuk menilai kelebihan, cabaran dan implikasi pelaksanaan sebatan terbuka terhadap masyarakat, sekali gus memastikan dapatan kajian bersifat menyeluruh dan berlandaskan prinsip syariah.
Muhammad Addi Zawawi AzmanMohammad Ramzi Zakaria
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-30261748010.64398/alsirat.v26i1.518EXAMINING GAMBLING-LIKE BEHAVIOUR IN GACHA USAGE FROM AN ISLAMIC PRINCIPLE
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/517

The present research examines gambling-like behaviour in gacha usage among Malaysian youth, focusing on how repeated exposure to chance-based mechanics influences behaviour from an Islamic principle. A quantitative method was applied to gather data from 54 participants aged 16 to 29 in Selangor. The results show that the psychological thrill of pulling gacha multiple times makes players love the game more while also promoting gambling-like behaviour. An issue that is concerning from an Islamic perspective due to uncertainty, chance, and high risk. Researchers found that pleasant feelings about the excitement, peer pressure, and the ease of earning in-game money are the primary reasons people keep trying their luck on gacha systems. These tendencies make it harder to tell the difference between safe, playable gameplay and reckless play over time, which raises fears of addiction. This research aims to examine the relationship between gacha game usage and gambling-like behaviour among Malaysian youth. It evaluates the risk associated with repeated gacha usage and underscores the need for greater awareness that aligns with Islamic principle on harmful habits.
Atiqa Sofea AminudinAisyah Suaida Mohammad Hizam
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-30261577310.64398/alsirat.v26i1.517DOKUMEN HIBAH SEBAGAI BUKTI PEMILIKAN HARTA BERDASARKAN ANALISIS KES MAHKAMAH SYARIAH
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/516

Hibah merupakan instrumen perancangan harta Islam yang semakin diamalkan bagi memastikan pemindahan harta dapat dilaksanakan semasa hayat pemberi hibah. Namun, dalam amalan kehakiman di Malaysia, dokumen hibah yang disediakan sering dipertikaikan di Mahkamah Syariah apabila elemen rukun dan syarat hibah, khususnya sighah dan qabd, gagal dibuktikan dengan jelas. Keadaan ini menimbulkan ketidakpastian terhadap kedudukan dokumen hibah sebagai bukti pemilikan harta. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis peranan dan kedudukan dokumen hibah sebagai bukti pemilikan harta berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis dokumen dan kajian kes terhadap beberapa penghakiman Mahkamah Syariah yang melibatkan hibah mutlak, hibah bersyarat dan hibah harta bercagar. Hasil kajian mendapati bahawa Mahkamah Syariah tidak menerima dokumen hibah secara automatik sebagai bukti muktamad pemilikan harta, sebaliknya menilai kesahihannya berdasarkan pematuhan rukun dan syarat hibah serta pembuktian elemen qabd. Kajian ini juga mendapati wujud ketidakseragaman dalam penghakiman kes hibah akibat ketiadaan undang-undang hibah yang khusus. Oleh itu, kajian ini mencadangkan pewujudan garis panduan pelaksanaan hibah dan penggubalan undang-undang hibah yang komprehensif bagi memperkukuh kepastian hukum dan amalan hibah di Malaysia.
Nurul Syuhadah AzalanAinun Mardhiah SalehudinNurul Athirah Mohd AzmiLydiawati Hassan BusryMusfirah Mohamed Mokhtar
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-30261465610.64398/alsirat.v26i1.516ATARAXIA SEBAGAI PUNCAK KEBAHAGIAAN DALAM STOIKISME REFLEKSI FILOSOFIS KETENTERAMAN JIWA DAN PENGUASAAN DIRI
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/514

Stoikisme merupakan salah satu aliran falsafah kuno yang menekankan keselarasan antara akal, alam, dan kehidupan praktis sebagai jalan menuju kebahagiaan. Konsep ataraxia, iaitu ketenangan dan kestabilan batin, dianggap sebagai puncak kebahagiaan dalam tradisi ini. Artikel ini menganalisis gagasan utama Stoikisme dengan memberi tumpuan kepada hubungan antara penguasaan diri (prohairesis), disiplin hasrat dan dorongan, serta latihan mental yang membentuk ketenteraman jiwa. Analisis teks dilakukan terhadap karya-karya utama Stoik seperti Epiktetos, Marcus Aurelius, dan Zeno, di samping rujukan akademik kontemporari. Kajian mendapati bahawa ataraxia bukan sekadar keadaan bebas daripada gangguan, tetapi suatu bentuk kematangan moral yang lahir daripada kemampuan menilai situasi secara rasional, menerima ketetapan kosmos, dan hidup selaras dengan logos. Artikel ini menegaskan relevansi falsafah Stoikisme dalam konteks moden, khususnya dalam menangani tekanan, kecanduan digital, dan keresahan emosi yang semakin meningkat dalam masyarakat. Alhasil, sumbangan utama kajian ini adalah memperincikan peranan latihan disiplin Stoik dalam ranah kehidupan sebagai mekanisme praktikal dalam membentuk ketenangan jiwa, serta menjelaskan bagaimana konsep ataraxia dapat diaplikasikan secara langsung dalam konteks kehidupan moden seperti pengurusan tekanan, kecanduan digital, dan kestabilan emosi.
Mohamad Azizie NordinSaiful Akram Che Cob
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-30261364510.64398/alsirat.v26i1.514KUASA DAN HAD PENARIKAN KES OLEH PENDAKWA SYARIE: SUATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF ACARA JENAYAH SYARIAH
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/513

Pendakwa Syarie merupakan individu penting dalam sesebuah prosiding Jenayah Syariah. Beliau mempunyai kuasa untuk memulakan, memberhentikan dan meneruskan sesuatu prosiding jenayah di Mahkamah Syariah sebagaimana yang termaktub dalam peruntukan Akta dan Enakmen negeri masing-masing. Kuasa yang diberikan kepada pihak pendakwaan ini tidak bersifat mutlak namun masih bergantung kepada budi bicara dan kebenaran mahkamah yang bertindak sebagai mekanisme kawalan bagi memelihara keadilan dalam undang-undang Jenayah Syariah. Penulisan ini akan membincangkan mengenai konsep penarikan kes oleh pendakwa Syarie, had kuasa yang diperuntukkan dalam undang-undang, justifikasi penarikan kes oleh Pendakwa Syarie dan implikasi penarikan kes oleh Pendakwa Syarie terhadap OKT. Kajian mengenai isu ini menggunakan pendekatan doktrinal melalui tinjauan literatur daripada kajian-kajian terdahulu, di samping analisis terhadap peruntukan statut dan kes-kes mahkamah yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa keputusan penarikan kes dibuat bukan atas dasar kepentingan sesuatu pihak tetapi dibuat dengan justifikasi yang kukuh antaranya kesilapan dalam teknikal prosedur siasatan, kelemahan dalam pembuktian elemen pertuduhan, representasi yang diberi oleh Peguam Syarie OKT dan maslahah dalam pentadbiran keadilan Jenayah Syariah. Implikasi dari penarikan kes ini membawa kepada pelepasan dan pembebasan (DAA) atau pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) terhadap OKT.
Nurul Shafiqah Mohd AzmanMohammad Ramzi Zakaria
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-30261243510.64398/alsirat.v26i1.513CONTEMPORARY IJTIHĀD AND TAQLĪD IN HALAL CERTIFICATION: AN UṢŪL AL-FIQH ANALYSIS
https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/512

This research examines the halal certification system, particularly the halal logo, through the analytical framework of ijtihād (independent legal reasoning) and taqlīd (adherence to scholarly authority) within uṣūl al-fiqh (Islamic legal theory). The study addresses fundamental questions: Does halal certification constitute valid ijtihād? What are the resulting implications for taqlīd? How do uṣūl al-fiqh scholars conceptualize these concepts in relation to contemporary certification systems? Employing library-based research and inductive methodology, the researcher analyzed classical works in legal theory alongside contemporary halal certification studies, utilizing qualitative analytical techniques including interpretation, inference, classification, reasoning, comparison, and exemplification. The research demonstrates that halal certification represents a recognized form of collective institutional ijtihād operating through three distinct phases: establishing halal standards (istidlālī ijtihād), implementing these standards for product certification (tanzīlī ijtihād), and monitoring ongoing compliance (istiṣḥābī ijtihād). This ijtihād constitutes an individual obligation (farḍ ʿaynī) upon the designated authority such as JAKIM, drawing upon comprehensive Islamic legal sources including the Qur'an, Sunnah, qiyās, istiḥsān, istiṣlāḥ, ʿurf, and istiṣḥāb. Critically, characterizing halal certification as ijtihād produces significant consequences for taqlīd: the general Muslim population may legitimately follow the halal logo ruling without independent verification, while the prohibition against overturning equivalent ijtihād, recognition of legitimate scholarly disagreement, and acknowledgment of the probabilistic nature of such rulings all flow from this characterization..
Mustafa Mat Jubri @ Shamsuddin
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat
https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0
2026-04-302026-04-30261102310.64398/alsirat.v26i1.512