https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/haady/issue/feedJurnal Al-Haady2025-12-30T09:54:25+08:00Open Journal Systemshttps://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/466ANALISIS ESTETIKA DAN SIMBOLISME HIASAN ISLAM DI MASJID TENGKU MAHKOTA TENGKU HASSANAL, UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (TMTHIAS)2025-12-29T11:41:58+08:00Aisyah Suaida Mohammad Hizamaisyahsuaida@unipsas.edu.myMohamad Azizie Nordinazizie@unipsas.edu.my
Makalah ini pada dasarnya menyuguhkan percikan-percikan kenisbian spektrum tatanan simbolis dan jenis motif yang kini bermuara dan mengacu di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal (TMTHIAS) serta mencoretkan bagaimana elemen ini menyajikan unsur keestetikaan yang mencerminkan nilai-nilai, norma-norma, hukum-hakam, gagasan-gagasan dan fungsi-fungsi dalam ranah Islam yang masuk ke “ladang hati manusia”. Pernyataan masalah kajian ini berpusat pada kekurangan penelitian yang menghuraikan secara sistematik fungsi motif geometri, flora dan kaligrafi dalam membentuk identiti estetika masjid kontemporari. Objektif kajian adalah mengenal pasti motif utama, menjelaskan fungsinya dalam tatanan simbolik, dan menafsir makna estetika yang hadir dalam ruang ibadah tersebut yang sarat dengan makna. Paradigma kualitatif yang dinisbahkan berpaksikan kepada karya tentang elemen geometri, flora dan kaligrafi, ini dimadukan dengan pemerhatian setempat untuk mendapatkan anekdot-anekdot segar melalui tafsiran makna dalam tatanan simbolik. Hasil kajian ini juga menegaskan bahawa simbol “hutan-hutan” ini mencerminkan kesinambungan tradisi estetika yang berakar dalam budaya masyarakat setempat.
2025-12-29T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 Aisyah Suaida Mohammad Hizam, Mohamad Azizie Nordinhttps://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/467ETIKA DAN ADAB PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MENURUT PERSPEKTIF IMAM AL-GHAZALI DAN IBN MISKAWAYH2025-12-29T12:06:55+08:00Muhamad Fairuz Alimfairuz@unipsas.edu.myKamarul Shukri Mat Tehkamarul@unipsas.edu.my
Perkembangan pesat Kecerdasan Buatan (AI) dalam bidang pendidikan bahasa Arab menjanjikan peningkatan keberkesanan pembelajaran, namun menimbulkan persoalan kritikal tentang etika, nilai moral dan tanggungjawab manusia. Artikel ini bertujuan meneliti prinsip etika Imam al-Ghazali dan Ibn Miskawayh dalam konteks aplikasi AI dalam pembelajaran bahasa Arab serta merumuskan model etika AI Islamik berdasarkan sintesis pemikiran mereka. Metodologi yang digunakan ialah analisis kualitatif dokumen teks klasik seperti Ihya’ ‘Ulum al-Din dan Tahdhib al-Akhlaq, serta kajian literatur kontemporari berkaitan AI dan pendidikan bahasa Arab. Dapatan menunjukkan bahawa al-Ghazali dan Ibn Miskawayh sama-sama menekankan aspek niat, tanggungjawab (amanah), akhlak, pengawalan terhadap kebergantungan teknologi serta bimbingan guru. Artikel ini mencadangkan Model Etika AI Islamik untuk Pembelajaran Bahasa Arab yang merangkumi komponen niat, adab, kawalan pemanfaatan dan pemantauan institusi. Implikasi kajian ini meliputi pembentukan garis panduan etika institusi, pengembangan aplikasi AI beretika, serta pengukuhan pendidikan Islam yang mengimbangi teknologi dan nilai.
2025-12-29T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 Muhamad Fairuz Ali, Kamarul Shukri Mat Tehhttps://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/468MENELUSURI PERANAN NAHU ARAB DALAM PEMAHAMAN METAFIZIK: ANALISIS TEMATIK DARIPADA PENSYARAH BAHASA ARAB UnIPSAS2025-12-29T12:17:13+08:00Muhamad Fairuz Alimfairuz@unipsas.edu.myKamarul Shukri Mat Tehkamarul@unipsas.edu.my
Penguasaan ilmu nahu Arab memainkan peranan penting dalam memahami teks al-Quran secara tepat dan menyeluruh, khususnya dalam aspek makna tersirat dan pemikiran metafizik yang terkandung di dalamnya. Namun begitu, kepentingan nahu Arab sering kali dilihat secara teknikal semata-mata tanpa meneliti kaitannya dengan aspek epistemologi dan penghayatan akidah. Justeru, kajian ini bertujuan menelusuri pandangan pensyarah bahasa Arab terhadap kepentingan penguasaan nahu Arab dalam konteks pendidikan tinggi bagi memahami konsep-konsep metafizik dalam al-Quran. Kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian fenomenologi ini melibatkan enam orang pensyarah Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Data dikumpul melalui kaedah temu bual separa berstruktur yang dilakukan secara mendalam. Data yang diperoleh dianalisis secara tematik untuk mengenal pasti corak pemikiran dan hujahan yang dikemukakan oleh para responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nahu Arab bukan sekadar alat linguistik, tetapi merupakan asas epistemologi yang penting untuk menyingkap makna tersirat dan dimensi metafizik yang terkandung dalam teks al-Quran. Pensyarah turut menekankan keperluan memperkukuh pengajaran nahu dalam kurikulum pengajian tinggi Islam bagi melahirkan pelajar yang mampu mentafsir teks al-Quran secara lebih mendalam dan berasaskan kefahaman yang tepat. Kajian ini menyarankan agar pendekatan pengajaran nahu dalam pendidikan tinggi diberi perhatian semula dengan menekankan hubung kaitnya dengan ilmu akidah, falsafah dan metafizik Islam.
2025-12-29T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 Muhamad Fairuz Ali, Kamarul Shukri Mat Tehhttps://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/469PENDEKATAN DAKWAH ISLAMIAH MELALUI INSTITUSI PENDIDIKAN: SUATU KAJIAN DI SEKOLAH ISLAM AL-IRSYAD KUANTAN2025-12-29T12:25:01+08:00Ahmad Syahid Azalanahmadsyahidbinazalan@gmail.comAinuddin Kamaruddinainuddin@unipsas.edu.my
Kajian ini membincangkan cara-cara dakwah Islam dilaksanakan melalui sistem pendidikan formal dengan mengambil contoh di Sekolah Islam Al-Irsyad Kuantan, Pahang. Sekolah ini merupakan salah sebuah Sekolah Islam Swasta (SIS) yang pertama di negeri Pahang dan menjadi tempat yang penting untuk memahami bagaimana dakwah dapat diintegrasikan dalam sistem pendidikan secara menyeluruh. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan bentuk kajian kes untuk menganalisis kaedah, cara melaksanakan serta keberkesanan dakwah melalui kurikulum akademik dan keagamaan yang berpadu di samping program pembentuan individu serta aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah Islam Al-Irsyad Kuantan. Data dikumpulkan daripada dokumen rasmi sekolah, artikel ilmiah, dan jurnal yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Sekolah Islam Al-Irsyad Kuantan berjaya menjalankan pendekatan dakwah secara formal dan tidak formal dengan menekankan keseimbangan antara ilmu dunia dan ilmu ukhuwwah. Namun, sekolah tersebut juga menghadapi cabaran seperti pengaruh budaya negatif dari luar dan tekanan yang berlebihan terhadap kecemerlangan akademik. Kajian ini menyimpulkan bahawa pendekatan dakwah melalui institusi pendidikan seperti Sekolah Islam Al-Irsyad Kuantan mempunyai potensi besar untuk membentuk generasi Muslim yang berilmu, berakhlak baik, dan mampu menghadapi cabaran zaman. Sekaligus membantu pembangunan masyarakat yang beradab. Beberapa cadangan penambahbaikan juga dibuat untuk memperkuat lagi peranan dakwah dalam bidang pendidikan.
2025-12-29T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 Ahmad Syahid Azalan, Ainuddin Kamaruddinhttps://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/470تاريخ العقيدة الإسلامية2025-12-30T09:54:25+08:00الدكتور محمد إبراهيم الشربيني صقرebrahim@unipsas.edu.my
تهدف هذه الدراسة إلى: إبراز الأساس التي تبنى عليه العقيدة الإسلامية في عهد الرسول ﷺ، وتوضيح مظاهر العقيدة في عهد الخلفاء الراشدين ، وبيان السمات العقدية التي ظهرت في العصر الأموي، وشرح تطوّر علم الكلام في العصر العباسي، وبيان أهمية معالم الفكر العقدي في العصور المتأخرة. ومنهج البحث: يعتمد على المنهج التاريخي التحليلي، وذلك من خلال: تتبع مراحل تطور العقيدة الإسلامية من زمن النبي – صلى الله عليه وسلم وحتى العصر الحديث، والمنهج التحليلي لتحليل الأسباب الفكرية والسياسية والاجتماعية التي أثّرت في مسار العقيدة الإسلامية . وقد خرجت هذه الدراسة بنتائج من أهمها :أن العقيدة الإسلامية في زمن النبي- صلى الله عليه وسلم - عقيدة واحدة هي ما جاء في كتاب الله، والسنة النبوية المطهرة ، إن المسلمين في عهد الخلافة الراشدة لم يتركوا النظر في مسائل العقيدة في معرض الإرشاد، وإنما تركوا التوغل والتكلف في النظر والحوار، وإنهم ما كانوا يلجؤون إلى شيء منه إلا في معرض إثبات عقائد الدين ودفع الخصوم المتربصين.
2025-12-29T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 الدكتور محمد إبراهيم الشربيني صقر