Konsep Usahawan Al – Falah Menurut Pandangan Ahli Sarjana: Kajian Literatur

Authors

  • Musa bin Muhamad Ali UTM
  • Mohd Fauzi Bin Abu @Hussin UTM
  • Siti Salwa Md Sawari IIUM

Keywords:

Perniagaan, Muamalah, Usahawan Muslim, Al- Falah, Ibadah

Abstract

Tujuan artikel ini adalah menjelaskan konsep usahawan al- Falah dalam kalangan sarjana. Kajian ini berbentuk kajian literatur yang mana pengkaji menggunakan sumber-sumber sekunder daripada artikel, tesis dan juga wacana-wacana ilmiah bagi menjelaskan konsep-konsep yang mendokongi usahawan Muslim Berjaya. Daripada hasil kajian literatur, pengkaji mendapati secara asasnya, usahawan Muslim berjaya dari perspektif muamalah Islam merupakan individu cemerlang bukan sahaja dalam aktiviti keusahawanan tetapi pada masa yang sama taat pada perintah agama. Dalam perspektif Islam, keseimbangan seseorang usahawan memperolehi kejayaan dunia dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan agama dan syariat dikenali sebagai usahawan ‘al - Falah’. Dengan erti kata lain, konsep al - Falah adalah suatu pencapaian cemerlang mencakupi keseluruhan aspek kehidupan manusia meliputi kerohanian, kebendaan, moral dan sebagainya untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Downloads

Published

2022-01-03