Medium Sumber Rujukan Agama Islam Pelajar Politeknik

Authors

  • Mohamad Bazli Bin Md Radzi Politeknik Kuching Sarawak
  • Norita Binti Abd Aziz Politeknik Kuching Sarawak
  • Wan Faisal Bin Wan Ahmad Mohtasa Politeknik Kuching Sarawak

Abstract

Islam merupakan agama yang syumul dan mencakupi semua aspek kehidupan. Sumber rujukan utama dalam melaksanakan kehidupan bersyariat adalah bersandarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Barangsiapa yang berpegang kepada al-quran dan al-sunnah maka akan berada di landasan yang benar. Seiring dengan peredaran masa dan kemajuan teknologi, ilmu pengetahuan dan informasi boleh diperolehi dengan mudah dan pantas dihujung jari. Namun demikian, ilmu dan maklumat yang diperolehi dan menjadi sumber rujukan agama hendaklah disemak dan diteliti terlebih dahulu. Ini adalah bagi mengelakkan salah faham terhadap agama. Objektif pelaksanaan kajian ialah mengkaji medium rujukan sumber agama Islam, Politeknik. Pelaksanaan kajian berkenaan medium rujukan sumber yang dirujuk oleh pelajar adalah penting bagi merungkai persoalan berkenaan sumber yang menjadi rujukan oleh para pelajar. Maklumat yang diperolehi daripada rujukan yang salah akan memberi kesan terhadap pemahaman dan pengamalan seseorang dalam beragama. Bagi menyempurnakan pelaksanaan kajian, kaedah yang akan digunakan ialah secara kuantitatif. Sejumlah bilangan soal selidik akan diedarkan kepada pelajar bagi menjawab persoalan kajian. Melalui dapatan pelaksanaan kajian, item “Saya mendapat pengetahuan agama daripada sekolah rendah dan menengah menunjukkan peratusan yang tinggi dikalangan pelajar. Ini secara tidak langsung menunjukkan para pelajar mendapat pendedahan agama yang luas ketika berda di zaman persekolahan. Kesimpulannya, ilmu dan input yang diperoleh daripada sumber yang salah memberi impak terhadap salah faham dalam melaksanakan suruhan agama. Adalah sewajarnya setiap daripada individu muslim menyemak dan meneliti terlebih dahulu terhadap sebarang info, maklumat dan ilmu yang diperolehi daripada pelbagai lapangan sumber.

Downloads

Published

2022-01-03