Penguasaan Bacaan Dan Pelaksanaan Solat Di Kalangan Pelajar Muslim Di Politeknik

Authors

  • Norita Binti Abd Aziz Politeknik Kuching Sarawak
  • Mohamad Bazli Bin Md Radzi Politeknik Kuching Sarawak
  • Natrah Binti Mat Noor Politeknik Kuching Sarawak

Abstract

Solat merupakan satu ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim. Solat yang sempurna dapat menjauhkan manusia dari segala perbuatan mungkar. Kajian ini memfokuskan kepada penguasaan bacaan dan pelaksanaan solat dalam kalangan pelajar Muslim di Politeknik Kuching Sarawak. Hal ini kerana isu pemahaman dan pengamalan solat yang lemah dalam kalangan pelajar Muslim di Politeknik Kuching Sarawak sering ditimbulkan oleh pelbagai pihak terutamanya para pensyarah. Kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan kaedah pemerhatian dan temu bual. Seramai 30 orang pelajar dipilih untuk mengikuti kajian ini. Berdasarkan tinjauan didapati hampir sebahagian besar pelajar tidak menguasai bacaan dengan baik dan tidak melaksanakan solat dengan sempurna. Ini adalah kerana melalui temu bual yang dijalankan mereka mengatakan bahawa ramai di kalangan mereka meninggalkan solat ialah kerana sikap malas dan akibat daripada pengaruh media dan rakan sebaya. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak untuk menjadikan amalan solat sebagai rutin harian pelajar. Oleh itu, beberapa cadangan turut dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil tindakan bagi meningkatkan penguasaan bacaan dan pengamalan solat dalam kalangan pelajar Muslim khususnya di Politeknik Kuching Sarawak.

Downloads

Published

2022-01-03