Sunnah Al-Nubuwwah: Hıkmah Dan Kepentıngan Pengutusan Kenabıan

Authors

  • Muaz Hj Mohd Noor UiTM
  • S. Salahudin Hj Suyurno UiTM
  • Khairul Azhar Meerangani UiTM
  • Abdul Qayuum Abdul Razak, UiTM

Keywords:

Kenabian, Hikmah, Kepentingan, Sunnah

Abstract

Persoalan kenabian (an-nubuwwah) merupakan konsep yang terpenting selepas persoalan-persoalan berkaitan Ketuhanan (al-Ilāhiyyah) dalam siri keilmuan Islam. Setiap seorang mukallaf diwajibkan beriman kepada para nabi dan rasul, kerana keimanan kepada mereka termasuk di dalam salah satu rukun iman yang wajib dipercayai. Kajian berbentuk konseptual ini bertujuan mengetengah dan memperkasakan kembali pemikiran berkenaan sunnah kenabian melalui penulisan berkenaan tema kenabian dalam kupasan yang lebih segar dan dinamik. Metodologi kajian ini berbentuk kajian kepustakaan. Antara metode pengumpulan data yang digunakan penulis ialah Metode Dokumentasi dan Metode Temuramah. Data-data yang diperolehi akan dianalisis rapi dan tersusun untuk ditafsir dan ditentukan kesahihan bagi dimuatkan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa idea tentang wibawa kenabian para nabi dan rasul terutama Nabi Muhammad SAW tidak pernah pudar ditelan dek zaman.

Downloads

Published

2021-12-30