KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN, KESEDARAN DAN AMALAN PLAGIARISME DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER 1 DPB DAN DUB DI POLIMAS

Authors

  • Asmawati binti Mohd Yusop Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Keywords:

plagiarisme, pengetahuan, kesedaran, amalan

Abstract

Isu plagiarisme merupakan suatu masalah yang di hadapi di seluruh dunia dalam pelbagai lapangan. Bidang pendidikan tidak terkecuali menerima kesan daripada isu tersebut. Hasil perkembangan kemajuan teknologi ianya turut memberi cabaran dalam bidang pendidikan dengan pelbagai kaedah plagiarisme turut berlaku. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), merupakan sebuah intitusi pendidikan yang merupakan tempat penyedia latihan bagi melatih modal insan bagi memenuhi keperluan industri. Tahun 2020 telah mengubah landskap pendidikan di Malaysia dengan sesi Pengajaran dan Pembelajaran perlu disesuaikan dengan pandemik yang berlaku di mana sistem pembelajaran secara dalam talian merupakan suatu kaedah yang diterapkan dalam melaksanakan sesi perkuliahan. Oleh itu, satu kajian telah dilaksanakan terhadap pelajar Diploma di Jabatan Kejuruteraan Awam dengan 65 orang responden pelajar semester satu terlibat dalam kajian ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan plagiarisme di kalangan pelajar. Hasil dapatan menunjukkan tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar berada pada tahap tinggi. Manakala hasil kajian mendapati tahap amalan plagiarisme di kalangan pelajar berada pada tahap sederhana rendah. Ini menunjukkan pelajar semester satu berada di landasan tepat untuk mencapai tahap rendah amalan plagiarisme. Kajian ini di harap dapat membantu dan memberi rujukan penanda aras kepada ahli akademik dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.

Downloads

Published

2023-11-30