KEBERKESANAN INTERVENSI PROGRAM PASPORT KEHADIRAN TERHADAP TAHAP KEHADIRAN MURID TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5
Keywords:
Keberkesanan, Intervensi, Murid, Ketidakhadiran, EksperimenAbstract
Isu kehadiran dalam kalangan murid sekolah menengah bukanlah satu isu yang baru diperkatakan. Ia menjadi isu yang menjadi fokus ramai pengkaji-pengkaji terdahulu. Menyedari kehadiran murid ke sekolah adalah penting untuk guru-guru menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni kepada murid, maka kajian tindakan ini dilaksanakan dalam kalangan murid tingkatan 4 dan 5 yang didapati jumlah ketidakhadiran mereka melebihi 15 hari dalam tempoh Mac hingga Jun tahun 2022. Tujuan kajian ini adalah dengan menggunakan Pasport Kehadiran sebagai intervensi bagi meningkatkan kehadiran murid Tingkatan 4 dan 5 di SMK Pandan. Sehubungan dengan itu seramai 23 responden terpilih dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk eksperimen dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kajian ini melaksanakan ujian pra dan ujian pos Soal Selidik Punca Ketidakhadiran Ke Sekolah dan melaksanakan program Pasport Kehadiran kepada responden. Oleh kerana responden tidak ramai, data dianalisis secara manual. Data analisis menunjukkan penurunan bilangan responden dalam item soal selidik. Antaranya dalam konstruk sosio ekonomi menunjukkan ujian pra bagi soalan ‘saya tiada kenderaan untuk ke sekolah’ mencatatkan deskriptif peratus sebanyak 52.17% dan menurun ke 8.69% pada ujian pos. Begitu juga dalam konstruk sikap bagi soalan ‘saya selalu tidur lewat’ pada ujian pra mencatatkan 73.91% dan menurun kepada 13.0% pada ujian pos. Ini menggambarkan bahawa responden sedaya upaya untuk mengubah tingkahlaku ke arah yang lebih baik dan meningkatkan kehadiran ke sekolah.