MAKLUMBALAS PENTADBIR TERHADAP KEMAHIRAN KERJA KELAS PERTAMA GRADUAN KELUARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU (IPGK PM)

Authors

  • Fatimah binti Mustaffa Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka
  • Zaiton binti Sharif Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka
  • Salinah binti Pit Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka

Keywords:

Minda kelas pertama, graduan, pentadbir dan latihan guru

Abstract

Kemahiran minda kelas pertama graduan IPGK PM amat berkait rapat dengan latihan. Usaha kearah memartabatkan kemahiran minda kelas pertama graduan ini merupakan usaha berterusan melalui kesungguhan latihan perguruan, komitmen terhadap latihan guru dan penambahbaikan yang berpanjangan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti maklumbalas pentadbir sekolah terhadap kemahiran minda kelas pertama graduan keluaran IPGK PM. Responden kajian melibatkan 85 pentadbir sekolah yang terlibat secara langsung dengan penempatan graduan.Kajian ini mengunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Data yang diperolehi daripada soal selidik ini dianalisis secara deskritif bagi mengukur min, sisihan piawai dan mendapatkan interprestasi skor min. Dapatan kajian mendapati bahawa maklumbalas pentadbir terhadap kemahiran minda kelas pertama graduan IPGK PM berada pada tahap yang tinggi (Min= 4.34 dan SP=0.61). Dicadangkan supaya kemahiran minda kelas pertama graduan IPGK PM ditingkatkan dengan bimbingan berterusan daripada guru-guru yang berpengalaman dari semasa ke semasa.

Downloads

Published

2023-11-30