KEBERKESANAN PELANTAR CESSKU TERHADAP KEMAHIRAN GURU-GURU SMK CENDERAWASIH DALAM CAPAIAN DATA SECARA ATAS TALIAN DENGAN MENGGUNAKAN G SUITE ENTERPRISE FOR EDUCATION (GSEFE)
Keywords:
Kemahiran, guru, rancangan pengajaran harianAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran guru-guru SMK Cenderawasih dalam capaian data secara atas talian dengan menggunakan G Suite Enterprise for Education (GSEfE) dan pelantar CeSSKU. Kajian berfokus kepada cara memuatnaik rancangan pengajaran harian secara dalam talian (e-RPH) ke dalam google drive menggunakan pelantar CeSSKU. Kajian ini melibatkan kumpulan sasaran seramai 25 orang guru SMK Cenderawasih pada tahun 2022 dengan pecahan 7 orang guru lelaki dan 18 orang guru perempuan. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan kaedah pemerhatian, borang soal selidik secara atas talian, pelaksanaan bengkel dan aktiviti peer coaching. Hasil tinjauan menunjukkan guru-guru mempunyai masalah dari segi penggunaan google drive dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran penggunaan google drive dan juga kemahiran penggunaan teknologi maklumat kepada guru-guru. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 7 bulan. Keputusan selepas pelaksanaan program kepada guru-guru juga didapati berlakunya peningkatan dari segi pemahaman dan kemahiran guru menggunakan google drive bagi menghantar e-RPH menggunakan pelantar CeSSKU.