TAHAP KEUPAYAAN GURU DALAM MERANCANG STRATEGI KECEMERLANGAN AKADEMIK MENGGUNAKAN PROGRAM CAKNA GEMILANG
Keywords:
Keupayaan, Guru, Kecemerlangan, AkademikAbstract
Kajian ini dijalankan di SMK Cenderawasih, Kuantan, Pahang. Sekolah ini merupakan sekolah Kategori B yang mempunyai bilangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melebihi 200 orang setiap tahun dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) SPM yang tidak pernah mencapai kurang daripada 5.00 sejak sekolah beroperasi. Kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan para guru dalam memahami kepentingan “headcount” dan menganalisis data untuk merangka program kecemerlangan berdasarkan potensi murid khususnya calon SPM. Jika semua guru berupaya menganalisis data dan merancang program bersesuaian dengan keupayaan murid, adakah peningkatan pencapaian GPS akan berlaku? Kajian tindakan ini menggunakan pendekatan proses menganalisis data-data di dalam analisis peperiksaan, HC1 dan HC3 dalam Program Cakna Gemilang, respon soal selidik kepada barisan Guru Penolong Kanan (GPK), kaunselor, Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dan guru-guru tingkatan 4 dan 5 yang terlibat serta hasil pencerapan pdpc guru menggunakan borang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2) oleh GKMP dan Ketua Panitia. Kajian ini dilakukan bermula pertengahan bulan Jun 2022 iaitu selepas tamatnya Ujian 1 2022. Tempoh kajian dijalankan sehingga Oktober 2022 iaitu dengan melakukan pemerhatian hasil kajian berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022. Hasil kajian mendapati pencapaian keputusan Tingkatan 5 dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi beberapa subjek yang menunjukkan peningkatan peratus lulus murid dan GPS yang baik.