PENURUNAN NABI ISA A.S PADA AKHIR ZAMAN MENURUT ULAMA TAFSIR: SATU SOROTAN AWAL

Authors

  • Muhammad Fazlan bin Abd Rahman UnIPSAS
  • Safiah binti Abd Razak UnIPSAS

Keywords:

Penurunan, Nabi Isa A.S, Akhir Zaman, Ulama Tafsir

Abstract

Penurunan Nabi Isa A.S pada akhir zaman merupakan salah satu tanda besar hari kiamat. Akidah Islam menjelaskan bahawa hari kiamat pasti terjadi. Walaupun masa terjadinya tidak disebut samada dalam al-Quran atau hadis namun Allah SWT telah mengkhabarkan tanda-tandanya melalui lisan Junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Objektif kajian adalah mengkaji pandangan ulama tafsir tentang penurunan Nabi Isa A.S pada akhir zaman. Kajian ini adalah kajian kualitatif berasaskan analisis dokumen. Data-Data kajian dikumpul daripada buku, jurnal-jurnal ilmiah dan tesis penyelidikan. Dapatan kajian merumuskan bahawa para ulama Islam sepakat mengatakan bahawa Nabi Isa A.S akan turun pada akhir zaman dan penurunan baginda Nabi Isa A.S merupakan salah satu tanda besar hari kiamat. Para ulama tafsir muktabar seperti al-Qurtubi, al-Tobari. Al-Zamakhsyari, Imam Ibn Kathir dan sebagainya sepakat menyatakan bahawa Nabi Isa akan turun pada akhir zaman. Membuktikan bahawa baginda hakikatnya tidak disalib atau dibunuh oleh kaumnya. Malah kajian ini sangat penting dan releven untuk dikaji memandangkan ia berkait dengan peristiwa akhir zaman dan perkara ini sering diperbincangkan pada masa kini. Semoga kajian ini dapat memberikan maklumat yang sahih berdasarkan al-Quran dan huraian hadis. Kajian ini juga diharapkan mendorong Muslim membuat persediaan sebaiknya dengan ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT.

Downloads

Published

2023-11-30