PENGGUNAAN LAGU TANYA SAMA POKOK: TOPIK PERANAN PEMERINTAH DAN RAKYAT SEJARAH SEKOLAH MENENGAH

Authors

  • MUHAMMAD WAFI BIN OTHMAN Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah

Keywords:

Didik Hibur, Sejarah, Sekolah Menengah, Pelajar

Abstract

Mata pelajaran Sejarah merupakan salah satu pelajaran wajib lulus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula tahun 2013. Salah satu kaedah yang digunakan dalam pembelajaran adalah didik hibur. Hal ini untuk menarik minat pelajar disamping memudahkan pelajar untuk menguasai fakta. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti dan melihat perbezaan sebelum dan selepas pelaksanaan penggunaan “Kaedah Lagu Tanya Sama Pokok” yang melibatkan bab 1 yang berkaitan warisan negara bangsa, sub topik 1.4: Peranan Pemerintah dan Rakyat, mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 yang dijalankan ke atas pelajar tingkatan 5 di Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif berbentuk kaedah temubual. Responden kajian terdiri daripada lapan orang pelajar yang dikenalpasti yang lemah dalam bab ini. Dapatan kajian mendapati bahawa “Kaedah Lagu Tanya Sama Pokok” sangat membantu pelajar dalam menguasai bab 1 tingkatan 4.

Downloads

Published

2023-11-30