https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/jhepi/issue/feed UnIPSAS Conference and Proceedings 2023-11-30T08:03:37+08:00 Open Journal Systems https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/jhepi/article/view/294 PENERIMAAN PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI (PMOA) TERHADAP KONSTRUK KOMPETENSI PENDAKWAH ORANG ASLI 2023-11-30T07:11:50+08:00 Ayuni Nazuha Mohd Rosli a.g.don@ukm.edu.my Abdul Ghafar Don a.g.don@ukm.edu.my
Pelaksanaan dakwah terhadap masyarakat Orang Asli mempunyai cara dan isi kandungan yang khusus kerana mereka memiliki perbezaan gaya hidup, adat, kepercayaan dan pantang larang yang menjadi sebahagian daripada tradisi kehidupan mereka. Pendakwah perlu mempunyai keselarasan dalam penyampaian ajaran Islam supaya dapat memberi keberhasilan dalam berdakwah terutama terhadap masyarakat Orang Asli. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kandungan dan menganalisis penerimaan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap konstruk kompetensi pendakwah Orang Asli. Data kajian ini diperolehi dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui kajian tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang PMOA yang berkhidmat selama 5 tahun ke atas. Sampel yang diambil dari dua buah negeri iaitu PMOA daripada Negeri Sembilan dan Selangor. Konstruk yang dibina berdasarkan tinjauan awal iaitu melalui tinjauan terhadap literatur yang mempunyai kesesuaian dengan keperluan penggerak Orang Asli dalam menyampaikan dakwah. Konstruk tersebut adalah persediaan diri, penguasaan ilmu, pendekatan, kemahiran dan sikap. Hasil kajian mendapati bahawa konstruk penguasaan ilmu dan sikap pendakwah sangat penting dalam pelaksanaan dakwah masyarakat Orang Asli untuk memberi keberkesanan dalam berdakwah. Implikasi kajian ini dapat memastikan konstruk kompetensi yang dibina dapat memberi manfaat kepada pendakwah.
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/jhepi/article/view/295 KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN, KESEDARAN DAN AMALAN PLAGIARISME DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER 1 DPB DAN DUB DI POLIMAS 2023-11-30T07:14:57+08:00 Asmawati binti Mohd Yusop asmawati1505@gmail.com
Isu plagiarisme merupakan suatu masalah yang di hadapi di seluruh dunia dalam pelbagai lapangan. Bidang pendidikan tidak terkecuali menerima kesan daripada isu tersebut. Hasil perkembangan kemajuan teknologi ianya turut memberi cabaran dalam bidang pendidikan dengan pelbagai kaedah plagiarisme turut berlaku. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), merupakan sebuah intitusi pendidikan yang merupakan tempat penyedia latihan bagi melatih modal insan bagi memenuhi keperluan industri. Tahun 2020 telah mengubah landskap pendidikan di Malaysia dengan sesi Pengajaran dan Pembelajaran perlu disesuaikan dengan pandemik yang berlaku di mana sistem pembelajaran secara dalam talian merupakan suatu kaedah yang diterapkan dalam melaksanakan sesi perkuliahan. Oleh itu, satu kajian telah dilaksanakan terhadap pelajar Diploma di Jabatan Kejuruteraan Awam dengan 65 orang responden pelajar semester satu terlibat dalam kajian ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan plagiarisme di kalangan pelajar. Hasil dapatan menunjukkan tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar berada pada tahap tinggi. Manakala hasil kajian mendapati tahap amalan plagiarisme di kalangan pelajar berada pada tahap sederhana rendah. Ini menunjukkan pelajar semester satu berada di landasan tepat untuk mencapai tahap rendah amalan plagiarisme. Kajian ini di harap dapat membantu dan memberi rujukan penanda aras kepada ahli akademik dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/jhepi/article/view/296 KEBERKESANAN INTERVENSI PROGRAM PASPORT KEHADIRAN TERHADAP TAHAP KEHADIRAN MURID TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 2023-11-30T07:19:24+08:00 Azlina binti Ab. Jalil fahmizaidi@unipsas.edu.my Johari bin Budin@ Mahasan fahmizaidi@unipsas.edu.my Norhayati bt Ismail fahmizaidi@unipsas.edu.my Hamidah bt Baharum fahmizaidi@unipsas.edu.my
Isu kehadiran dalam kalangan murid sekolah menengah bukanlah satu isu yang baru diperkatakan. Ia menjadi isu yang menjadi fokus ramai pengkaji-pengkaji terdahulu. Menyedari kehadiran murid ke sekolah adalah penting untuk guru-guru menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni kepada murid, maka kajian tindakan ini dilaksanakan dalam kalangan murid tingkatan 4 dan 5 yang didapati jumlah ketidakhadiran mereka melebihi 15 hari dalam tempoh Mac hingga Jun tahun 2022. Tujuan kajian ini adalah dengan menggunakan Pasport Kehadiran sebagai intervensi bagi meningkatkan kehadiran murid Tingkatan 4 dan 5 di SMK Pandan. Sehubungan dengan itu seramai 23 responden terpilih dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk eksperimen dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kajian ini melaksanakan ujian pra dan ujian pos Soal Selidik Punca Ketidakhadiran Ke Sekolah dan melaksanakan program Pasport Kehadiran kepada responden. Oleh kerana responden tidak ramai, data dianalisis secara manual. Data analisis menunjukkan penurunan bilangan responden dalam item soal selidik. Antaranya dalam konstruk sosio ekonomi menunjukkan ujian pra bagi soalan ‘saya tiada kenderaan untuk ke sekolah’ mencatatkan deskriptif peratus sebanyak 52.17% dan menurun ke 8.69% pada ujian pos. Begitu juga dalam konstruk sikap bagi soalan ‘saya selalu tidur lewat’ pada ujian pra mencatatkan 73.91% dan menurun kepada 13.0% pada ujian pos. Ini menggambarkan bahawa responden sedaya upaya untuk mengubah tingkahlaku ke arah yang lebih baik dan meningkatkan kehadiran ke sekolah.
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/jhepi/article/view/297 MAKLUMBALAS PENTADBIR TERHADAP KEMAHIRAN KERJA KELAS PERTAMA GRADUAN KELUARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU (IPGK PM) 2023-11-30T07:27:52+08:00 Fatimah binti Mustaffa fatimah@ipgm.edu.my Zaiton binti Sharif fatimah@ipgm.edu.my Salinah binti Pit fatimah@ipgm.edu.my
Kemahiran minda kelas pertama graduan IPGK PM amat berkait rapat dengan latihan. Usaha kearah memartabatkan kemahiran minda kelas pertama graduan ini merupakan usaha berterusan melalui kesungguhan latihan perguruan, komitmen terhadap latihan guru dan penambahbaikan yang berpanjangan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti maklumbalas pentadbir sekolah terhadap kemahiran minda kelas pertama graduan keluaran IPGK PM. Responden kajian melibatkan 85 pentadbir sekolah yang terlibat secara langsung dengan penempatan graduan.Kajian ini mengunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Data yang diperolehi daripada soal selidik ini dianalisis secara deskritif bagi mengukur min, sisihan piawai dan mendapatkan interprestasi skor min. Dapatan kajian mendapati bahawa maklumbalas pentadbir terhadap kemahiran minda kelas pertama graduan IPGK PM berada pada tahap yang tinggi (Min= 4.34 dan SP=0.61). Dicadangkan supaya kemahiran minda kelas pertama graduan IPGK PM ditingkatkan dengan bimbingan berterusan daripada guru-guru yang berpengalaman dari semasa ke semasa.
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/jhepi/article/view/298 KEBERKESANAN PELANTAR CESSKU TERHADAP KEMAHIRAN GURU-GURU SMK CENDERAWASIH DALAM CAPAIAN DATA SECARA ATAS TALIAN DENGAN MENGGUNAKAN G SUITE ENTERPRISE FOR EDUCATION (GSEFE) 2023-11-30T07:32:34+08:00 Mohd Nasri Bin Mat Akhir fahmizaidi@unipsas.edu.my Mohd Afifzan Bin Abas fahmizaidi@unipsas.edu.my Zarina Binti Saad fahmizaidi@unipsas.edu.my
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran guru-guru SMK Cenderawasih dalam capaian data secara atas talian dengan menggunakan G Suite Enterprise for Education (GSEfE) dan pelantar CeSSKU. Kajian berfokus kepada cara memuatnaik rancangan pengajaran harian secara dalam talian (e-RPH) ke dalam google drive menggunakan pelantar CeSSKU. Kajian ini melibatkan kumpulan sasaran seramai 25 orang guru SMK Cenderawasih pada tahun 2022 dengan pecahan 7 orang guru lelaki dan 18 orang guru perempuan. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan kaedah pemerhatian, borang soal selidik secara atas talian, pelaksanaan bengkel dan aktiviti peer coaching. Hasil tinjauan menunjukkan guru-guru mempunyai masalah dari segi penggunaan google drive dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran penggunaan google drive dan juga kemahiran penggunaan teknologi maklumat kepada guru-guru. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 7 bulan. Keputusan selepas pelaksanaan program kepada guru-guru juga didapati berlakunya peningkatan dari segi pemahaman dan kemahiran guru menggunakan google drive bagi menghantar e-RPH menggunakan pelantar CeSSKU.
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/jhepi/article/view/299 TAHAP KEUPAYAAN GURU DALAM MERANCANG STRATEGI KECEMERLANGAN AKADEMIK MENGGUNAKAN PROGRAM CAKNA GEMILANG 2023-11-30T07:38:22+08:00 MOHD NASRI BIN MAT AKHIR fahmizaidi@unipsas.edu.my MOHD AFIFZAN BIN ABAS fahmizaidi@unipsas.edu.my ASLINA BINTI HAMZAH fahmizaidi@unipsas.edu.my WAN MAISARAH BINTI WAN AHMAD fahmizaidi@unipsas.edu.my
Kajian ini dijalankan di SMK Cenderawasih, Kuantan, Pahang. Sekolah ini merupakan sekolah Kategori B yang mempunyai bilangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melebihi 200 orang setiap tahun dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) SPM yang tidak pernah mencapai kurang daripada 5.00 sejak sekolah beroperasi. Kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan para guru dalam memahami kepentingan “headcount” dan menganalisis data untuk merangka program kecemerlangan berdasarkan potensi murid khususnya calon SPM. Jika semua guru berupaya menganalisis data dan merancang program bersesuaian dengan keupayaan murid, adakah peningkatan pencapaian GPS akan berlaku? Kajian tindakan ini menggunakan pendekatan proses menganalisis data-data di dalam analisis peperiksaan, HC1 dan HC3 dalam Program Cakna Gemilang, respon soal selidik kepada barisan Guru Penolong Kanan (GPK), kaunselor, Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dan guru-guru tingkatan 4 dan 5 yang terlibat serta hasil pencerapan pdpc guru menggunakan borang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2) oleh GKMP dan Ketua Panitia. Kajian ini dilakukan bermula pertengahan bulan Jun 2022 iaitu selepas tamatnya Ujian 1 2022. Tempoh kajian dijalankan sehingga Oktober 2022 iaitu dengan melakukan pemerhatian hasil kajian berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022. Hasil kajian mendapati pencapaian keputusan Tingkatan 5 dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi beberapa subjek yang menunjukkan peningkatan peratus lulus murid dan GPS yang baik.
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/jhepi/article/view/300 PENURUNAN NABI ISA A.S PADA AKHIR ZAMAN MENURUT ULAMA TAFSIR: SATU SOROTAN AWAL 2023-11-30T07:44:49+08:00 Muhammad Fazlan bin Abd Rahman fazlanmuhamad@gmail.com Safiah binti Abd Razak safiah@unipsas.edu.my
Penurunan Nabi Isa A.S pada akhir zaman merupakan salah satu tanda besar hari kiamat. Akidah Islam menjelaskan bahawa hari kiamat pasti terjadi. Walaupun masa terjadinya tidak disebut samada dalam al-Quran atau hadis namun Allah SWT telah mengkhabarkan tanda-tandanya melalui lisan Junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Objektif kajian adalah mengkaji pandangan ulama tafsir tentang penurunan Nabi Isa A.S pada akhir zaman. Kajian ini adalah kajian kualitatif berasaskan analisis dokumen. Data-Data kajian dikumpul daripada buku, jurnal-jurnal ilmiah dan tesis penyelidikan. Dapatan kajian merumuskan bahawa para ulama Islam sepakat mengatakan bahawa Nabi Isa A.S akan turun pada akhir zaman dan penurunan baginda Nabi Isa A.S merupakan salah satu tanda besar hari kiamat. Para ulama tafsir muktabar seperti al-Qurtubi, al-Tobari. Al-Zamakhsyari, Imam Ibn Kathir dan sebagainya sepakat menyatakan bahawa Nabi Isa akan turun pada akhir zaman. Membuktikan bahawa baginda hakikatnya tidak disalib atau dibunuh oleh kaumnya. Malah kajian ini sangat penting dan releven untuk dikaji memandangkan ia berkait dengan peristiwa akhir zaman dan perkara ini sering diperbincangkan pada masa kini. Semoga kajian ini dapat memberikan maklumat yang sahih berdasarkan al-Quran dan huraian hadis. Kajian ini juga diharapkan mendorong Muslim membuat persediaan sebaiknya dengan ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT.
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/jhepi/article/view/301 KAJIAN KEBOLEHPASARAN PENDAPATAN GAJI MINIMUM GRADUAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN: SATU TINJAUAN 2023-11-30T07:48:37+08:00 Nor Fazlina Binti Harun fahmizaidi@unipsas.edu.my Maimunah binti Ismail fahmizaidi@unipsas.edu.my Lizawati binti Zainudin fahmizaidi@unipsas.edu.my
Every country has a minimum wage threshold that employers must adhere to, and Malaysia is no exception. The minimum wage in Malaysia was raised to RM1,500 per month starting from May 1, 2022, according to the Minimum Wage Order 2022. The implementation of the minimum wage is crucial to ensure that no group of workers is oppressed by excessively low and unreasonable wages. Therefore, this survey was conducted to assess the employability of graduates from Kuantan Community College regarding the minimum wage income. To measure the level of this minimum wage survey, secondary data was used, obtained from the analysis of graduate employability data developed by the Ministry of Higher Education through the e-anjung system, namely Graduate Tracer Study System (SKPG-TVET). The data obtained was analyzed using quantitative methods through IBM SPSS Statistics 23 software based on the employability data of Kuantan Community College graduates for three years from 2020 to 2022, involving 500 respondents. Data analysis found a significant increase in the percentage of graduates receiving salaries above the RM1500 minimum wage from year to year. In 2022, 33.3% of graduates received a minimum wage of RM1500-2000 compared to only 7% in 2020. The results of this study indicate that there is an increasing percentage of Kuantan Community College graduates obtaining a minimum wage in line with the government's efforts to help balance the cost of living and income of the B40 group, especially in urban areas.
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/jhepi/article/view/302 USING GOOGLE FORMS FOR VALUATION EMPOWERMENT TEST DBC20012 COMPUTER APPLICATION AT POLYTECHNIC KOTA KINABALU 2023-11-30T07:55:54+08:00 Siti Nurakmal Binti Mat Yusoff sitinurakmal@polikk.edu.my Siti Huzaima Binti Jamri sitinurakmal@polikk.edu.my Norzaliza Mohamed Nor sitinurakmal@polikk.edu.my
Advances in information and communication technology (ICT) have brought about changes in various aspects. Education, as one of the most important elements of human life, is also not left behind. Entering the new era, education also needs to change to adapt to the changing times, technological advances, and thinking of the new generation. For this reason, the country's education system is implementing 21st Century Learning (PAK21) to ensure that students are not left behind in a rapidly evolving world. After the COVID-19 pandemic hit the world, the norm in education changed to online learning. Various platforms are used for the purpose of online learning, and one of them is Google Forms. This study paper is conducted to conduct research on the use of Google Forms in the assessment of Empowerment Test DBC20012 Computer Application at Politeknik Kota Kinabalu, recognizing three aspects: (1) ease of student achievement of the Google Forms platform; (2) interface design of the Google Forms platform; and (3) user-friendly level of the Google Forms platform from the perspective of students who make the Empowerment Test assessment for the Computer Application course. There was a total of 131 respondents for this study, consisting of 2nd, 3rd, and 5th semester students for the DBC20012 Computer Application course. The study analysis method used was using the questionnaire as the study instrument. Statistical Package for Social Sciences (SPSS) software was used to analyze the data to get descriptive statistics (frequency, percentage, and min). The results of the study found that respondents agreed that the Google Forms platform is easy to reach. In addition, the Google Forms platform design is attractive and easy, and the Google Forms platform has a pleasant user-friendly level. In conclusion, Google Forms is the main choice for a good online learning process.
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/jhepi/article/view/303 PENGGUNAAN LAGU TANYA SAMA POKOK: TOPIK PERANAN PEMERINTAH DAN RAKYAT SEJARAH SEKOLAH MENENGAH 2023-11-30T08:00:27+08:00 MUHAMMAD WAFI BIN OTHMAN fahmizaidi@unipsas.edu.my
Mata pelajaran Sejarah merupakan salah satu pelajaran wajib lulus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula tahun 2013. Salah satu kaedah yang digunakan dalam pembelajaran adalah didik hibur. Hal ini untuk menarik minat pelajar disamping memudahkan pelajar untuk menguasai fakta. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti dan melihat perbezaan sebelum dan selepas pelaksanaan penggunaan “Kaedah Lagu Tanya Sama Pokok” yang melibatkan bab 1 yang berkaitan warisan negara bangsa, sub topik 1.4: Peranan Pemerintah dan Rakyat, mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 yang dijalankan ke atas pelajar tingkatan 5 di Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif berbentuk kaedah temubual. Responden kajian terdiri daripada lapan orang pelajar yang dikenalpasti yang lemah dalam bab ini. Dapatan kajian mendapati bahawa “Kaedah Lagu Tanya Sama Pokok” sangat membantu pelajar dalam menguasai bab 1 tingkatan 4.
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023