PENGHAYATAN WARGA KUIPSAS TERHADAP NILAI MURNI TA’ALLUM: SATU KAJIAN PERBEZAAN DAPATAN DARI TAHUN 2018 HINGGA 2020
Keywords:
Nilai-nilai murni, sistem pengurusan kualiti, KUIPSASAbstract
Dalam usaha memastikan sistem pengurusan sesuatu organisasi berjalan dengan cekap, berkesan dan berkualiti, penerapan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) menjadi pilihan terbaik dan memberi impak besar kepada sistem organisasi. Bagi organisasi berteraskan Islam seperti Kolej Universiti Islam Pahng Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), organisasi tersebut telah menambah satu lagi sistem piawaian alternatif yang dikenali sebagai MS1900:2005 - Sistem Pengurusan Kualiti Keperluan Menurut Perspektif Islam. Hal ini seiring dengan usaha KUIPSAS untuk memenuhi tuntutan dan keperluan Syariah di organisasi ini. Dalam piawaian ini, aspek nilai perlu dijadikan amalan agar pelaksanaan pengurusan kualiti dapat dilaksanakan secara seimbang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penghayatan nilai-nilai murni Ta’allum, Tazaakur dan Ta’awun (3T) dalam kalangan warga KUIPSAS. Kajian ini juga bertujuan mengkaji perbezaan pandangan responden antara tahun 2018 hingga 2020. Kajian kuantitatif ini dijalankan dengan menggunakan borang soalselidik yang diedarkan pada tahun 2018, 2019 dan 2020 kepada semua anggota kerja KUIPSAS. Hasil kajian menunjukkan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan anggota kerja KUIPSAS menunjukkan kenaikan untuk ketiga-tiga nilai murni Ta’allum, Tazaakur dan Ta’aawun. Ketiga-tiga nilai murni ini dilihat telah membantu angggota kerja KUIPSAS dalam mendalami ilmu dan pengamalan peribadi mulia dalam organisasi.