PENGHAYATAN WARGA UnIPSAS TERHADAP NILAI MURNI TAZAKUR: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

Authors

  • Muhamad Fairuz Ali UnIPSAS

Keywords:

Nilai-nilai murni, Tazakur, sistem pengurusan kualiti, UnIPSAS

Abstract

Sesebuah institusi akan berjalan dengan cekap dan berkualiti apabila ada sistem pengurusan yang cekap, berkesan serta mengikut nilai keislaman. UnIPSAS turut memastikan sistem pengurusan organisasi ini menurut perspektif Islam dengan menerapkan sistem pengurusan kualiti. Langkah ini sebagai salah satu usaha untuk memenuhi tuntutan syariat di organisasi ini. Pelbagai aspek perlu dipatuhi dan terdapat tiga nilai-nilai murni yang digariskan untuk dihayati oleh anggota kerja UnIPSAS antaranya adalah Ta’allum, Ta’awun dan Tazakur. Justeru, kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penghayatan nilai murni Tazakur dalam kalangan warga UnIPSAS serta perbezaan pandangan responden pada tahun 2020 dan 2021. Kajian berbentuk kuantitatif ini dijalankan dengan mengedar borang soal selidik kepada semua anggota kerja UnIPSAS dua tahun berturut-turut. Hasil kajian menunjukkan pengamalan nilai murni Tazakur dalam kalangan anggota kerja UnIPSAS mendapat sambutan yang menggalakkan dan membantu semua anggota kerja dalam mendalami ilmu serta saling tegur antara satu sama lain.

Downloads

Published

2022-12-09