TULISAN JAWI DI NEGERI PAHANG: CABARAN DAN HARAPAN
Keywords:
Tulisan Jawi, Pahang, Cabaran PemerkasaanAbstract
Tulisan Jawi merupakan warisan khazanah peradaban Islam di alam Melayu yang sangat bernilai. Namun begitu, kedudukan tulisan Jawi pada hari ini tidak lagi seperti zaman sebelum kedatangan penjajah. Hal ini berikutan kewujudan Akta Bahasa 1963 yang menetapkan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu. Keadaan ini menyebabkan kedudukan tulisan Jawi di Malaysia telah tergugat. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejarah penggunaan tulisan Jawi di Pahang serta menganalisis cabaran-cabaran yang dihadapi dan langkah yang diambil dalam memperkasakan tulisan ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data-data dikumpul melalui analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa antara cabaran yang dihadapi dalam memartabatkan tulisan Jawi ialah persepsi masyarakat bukan Melayu serta kelemahan penguasaan ejaan Jawi yang tepat. Manakala usaha-usaha untuk menyemarakkan kembali penggunaan tulisan Jawi telah dilaksanakan melalui peranan istana, penubuhan institut Jawi serta pembangunan aplikasi e-Jawi Makmur.