KECERDASAN BUATAN (AI) SEBAGAI MEDIUM TRANSFORMASI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Authors

  • Muhamad Fairuz Ali
  • Mohd Jaffri Abdul Rani

Keywords:

pembelajaran bahasa Arab, kecerdasan buatan (AI), pembelajaran abad ke-21.

Abstract

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) semakin relevan dalam pelbagai bidang masa kini kerana kemampuannya mensimulasikan kecerdasan manusia dan dikendalikan oleh mesin tertentu. Artikel ini bertujuan mengkaji penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, dengan memberi tumpuan khusus kepada kecerdasan buatan (AI) yang digunakan dalam pembelajaran bahasa Arab. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif, khususnya analisis kandungan, sebagai teknik untuk menyemak artikel-artikel yang diperoleh daripada pangkalan data yang relevan. Dapatan kajian menunjukkan empat (4) tema utama berkaitan penggunaan AI dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu mampu membentuk ayat, menterjemah, meletakkan baris (tasykil), pembelajaran yang interaktif serta pembelajaran secara kendiri . Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kecerdasan buatan (AI) dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Downloads

Published

2024-12-31