DOA VALET: HUKUM DAN PERBAHASAN

Authors

  • Abdul Halim bin Abdul Karim KUIPSAS
  • Muhamad Mizi Azam bin Yahya JABATAN MUFTI PAHANG

Keywords:

valet, doa, akidah, syariat Islam

Abstract

Kajian ini mengkaji isu valet doa yang pernah menarik perhatian dan menjadi perbincangan dalam kalangan umat Islam pada awal tahun 2017. Perkhidmatan ini dipercayai menawarkan pakej berdoa di hadapan Kaabah dengan harga-harga tertentu dengan jaminan doa tersebut adalah dimakbulkan. Sehubungan dengan itu, pakej valet doa ini telah mendapat teguran dan nasihat daripada pihak berkuasa agama seperti Jakim dan mufti-mufti kerana dikatakan mengeksploitasi agama Islam dan diarahkan supaya dihentikan serta-merta. Selain itu, kajian ini juga bermatlamatkan menghuraikan valet doa dan kesannya kepada akidah dan pemikiran umat Islam. Kajian yang dilakukan ini sepenuhnya berbentuk kajian kualitatif yang menggunapakai kaedah pengumpulan data secara pemerhatian bagi mengkaji perkhidmatan doa valet yang ditawarkan menurut Islam dan hubungkaitnya dengan akidah. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa pakej valet doa yang diperkenalkan adalah bermasalah pada sudut operasi dan praktikalnya. Justeru itu, ia wajib diperbaiki dan dimurnikan daripada sebarang bentuk pelanggaran akidah dan ketidakpatuhan syariah. Kajian ini turut memuatkan cadangan kepada setiap umat Islam untuk terus memperkukuhkan lagi pegangan dan kefahaman akidah. Kajian ini turut menuntut para usahawan Muslim untuk mendapatkan nasihat atau perakuan daripada pihak berkuasa agama seperti Jabatan Mufti Negeri atau melantik penasihat syariah bagi memastikan sesuatu produk perniagaan yang ditawarkan mematuhi ketetapan hukum syarak.

Downloads

Published

2021-03-18