PENGHAKIMAN HAKIM SYARIE MENGENAI ISU PEMBERIAN KEPADA ANAK BERDASARKAN KES PENGESAHAN HIBAH

Authors

  • Nurul Syuhadah binti Azalan KUIPSAS
  • Noor Lizza binti Mohamed Said UKM

Keywords:

akad, pemberian, bapa, Mahkamah Syariah, hibah

Abstract

Permohonan kes pengesahan hibah di Mahkamah Syariah meliputi isu pemberian ibu bapa kepada anak. Di Mahkamah Syariah, kebiasaannya Hakim-hakim Syarie membuat keputusan bagi kes-kes pengesahan hibah dengan berpandukan kepada kitab-kitab fiqh disebabkan tiada undang-undang hibah secara khusus. Antara persoalan yang timbul adalah mengenai definisi kesamarataan dan keadilan dalam pemberian kepada anak-anak pemilik harta. Oleh itu, artikel ini adalah bertujuan untuk mengetahui keputusan yang dibuat oleh Hakim-hakim Syarie di samping mengetahui kecenderungan penghakiman Hakim-hakim Syarie dalam mengguna pakai pandangan fuqaha bagi menyelesaikan kes pengesahan hibah mengenai isu pemberian bapa kepada anak di Mahkamah Syariah. Data kajian ini diperoleh daripada laporan kes di Mahkamah Syariah dan perbandingan mazhab. Hasil kajian mendapati Hakim Syarie telah mengikut tafsiran hukum syarak yang dinyatakan dalam statut negeri-negeri dalam membuat penghakiman bagi isu ini.

Downloads

Published

2021-03-18