TAFAKUR SEBAGAI INTERVENSI PSIKOSPIRITUAL DALAM MENGHADAPI TEKANAN EMOSI DI TEMPAT KERJA

Authors

  • Nur Yani Binti Che Hussin KUIPSAS

Keywords:

Tafakur, kesihatan mental, tekanan, tempat kerja

Abstract

Produktiviti tenaga kerja adalah faktor paling penting menentukan sejauh mana kejayaan sesuatu organisasi. Produktiviti pula bergantung kepada kesejahteraan psikososial pekerja. Tekanan boleh menjejaskan kesihatan seseorang, prestasi kerja, kehidupan sosial dan hubungan dengan ahli keluarga. Tekanan di tempat kerja telah muncul sebagai isu utama dan mencapai perkadaran yang membimbangkan. Kajian ini bertujuan untuk memahami penggunaan teknik tafakur sebagai intervensi psikospiritual dalam menghadapi tekanan emosi di tempat kerja. Kajian ini juga menggunakan teknik penyelidikan perpustakaan secara deskriptif. Ia membincangkan konsep tafakur yang berkaitan dengan tekanan emosi. Oleh itu, sebagai kesimpulan konsep tafakur dalam Islam adalah mekanisme rohani yang terbaik dijadikan sebagai intervensi psikospiritual dalam menangani tekanan emosi ditempat kerja.

Downloads

Published

2021-03-18