ETIKA DAN ADAB PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MENURUT PERSPEKTIF IMAM AL-GHAZALI DAN IBN MISKAWAYH
Keywords:
Kecerdasan Buatan, Etika Islam, Imam al-Ghazali, Ibn Miskawayh, Bahasa ArabAbstract
Perkembangan pesat Kecerdasan Buatan (AI) dalam bidang pendidikan bahasa Arab menjanjikan peningkatan keberkesanan pembelajaran, namun menimbulkan persoalan kritikal tentang etika, nilai moral dan tanggungjawab manusia. Artikel ini bertujuan meneliti prinsip etika Imam al-Ghazali dan Ibn Miskawayh dalam konteks aplikasi AI dalam pembelajaran bahasa Arab serta merumuskan model etika AI Islamik berdasarkan sintesis pemikiran mereka. Metodologi yang digunakan ialah analisis kualitatif dokumen teks klasik seperti Ihya’ ‘Ulum al-Din dan Tahdhib al-Akhlaq, serta kajian literatur kontemporari berkaitan AI dan pendidikan bahasa Arab. Dapatan menunjukkan bahawa al-Ghazali dan Ibn Miskawayh sama-sama menekankan aspek niat, tanggungjawab (amanah), akhlak, pengawalan terhadap kebergantungan teknologi serta bimbingan guru. Artikel ini mencadangkan Model Etika AI Islamik untuk Pembelajaran Bahasa Arab yang merangkumi komponen niat, adab, kawalan pemanfaatan dan pemantauan institusi. Implikasi kajian ini meliputi pembentukan garis panduan etika institusi, pengembangan aplikasi AI beretika, serta pengukuhan pendidikan Islam yang mengimbangi teknologi dan nilai.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Muhamad Fairuz Ali, Kamarul Shukri Mat Teh

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
