PENDEKATAN DAKWAH ISLAMIAH MELALUI INSTITUSI PENDIDIKAN: SUATU KAJIAN DI SEKOLAH ISLAM AL-IRSYAD KUANTAN
Keywords:
Dakwah Islamiah, Institusi Pendidikan, Sekolah Islam Swasta, Sekolah Islam Al-Irsyad Kuantan, Pendidikan BersepaduAbstract
Kajian ini membincangkan cara-cara dakwah Islam dilaksanakan melalui sistem pendidikan formal dengan mengambil contoh di Sekolah Islam Al-Irsyad Kuantan, Pahang. Sekolah ini merupakan salah sebuah Sekolah Islam Swasta (SIS) yang pertama di negeri Pahang dan menjadi tempat yang penting untuk memahami bagaimana dakwah dapat diintegrasikan dalam sistem pendidikan secara menyeluruh. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan bentuk kajian kes untuk menganalisis kaedah, cara melaksanakan serta keberkesanan dakwah melalui kurikulum akademik dan keagamaan yang berpadu di samping program pembentuan individu serta aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah Islam Al-Irsyad Kuantan. Data dikumpulkan daripada dokumen rasmi sekolah, artikel ilmiah, dan jurnal yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Sekolah Islam Al-Irsyad Kuantan berjaya menjalankan pendekatan dakwah secara formal dan tidak formal dengan menekankan keseimbangan antara ilmu dunia dan ilmu ukhuwwah. Namun, sekolah tersebut juga menghadapi cabaran seperti pengaruh budaya negatif dari luar dan tekanan yang berlebihan terhadap kecemerlangan akademik. Kajian ini menyimpulkan bahawa pendekatan dakwah melalui institusi pendidikan seperti Sekolah Islam Al-Irsyad Kuantan mempunyai potensi besar untuk membentuk generasi Muslim yang berilmu, berakhlak baik, dan mampu menghadapi cabaran zaman. Sekaligus membantu pembangunan masyarakat yang beradab. Beberapa cadangan penambahbaikan juga dibuat untuk memperkuat lagi peranan dakwah dalam bidang pendidikan.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Ahmad Syahid Azalan, Ainuddin Kamaruddin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
