SOROTAN LITERATUR TERHADAP FAKTOR PENGABAIAN WARGA TUA DALAM KOMUNITI DI MALAYSIA, CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Authors

  • Hasiah Mat Salleh KUIPSAS
  • Siti Marsitah Mohd Mokhtar KUIPSAS

Keywords:

Pengabaian, Warga Tua, Anak Dewasa, Peranan, Komuniti

Abstract

Pengabaian warga tua merupakan satu permasalahan sosial yang dipandang serius mutakhir ini. Berdasarkan laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia terbitan oleh Lancet Global Health mendapati 34.7 peratus warga tua yang berusia melebihi 60 tahun mengalami pelbagai bentuk penderaan dan pengabaian. Angka ini akan terus meningkat dengan berlakunya peningkatan kadar warga tua dunia dan kepesatan revolusi indusri 4.0. Walaubagaimanapun laporan dan kajian berkaitan pengabaian warga tua masih kurang didedahkan . Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka secara ilmiah aspek pengabaian warga tua di Malaysia yang berlaku dalam komuniti di Malaysia, faktor- faktor pendorong dan peranan masyarakat setempat dalam menangani permasalahan ini. Metodologi dalam kajian ini adalah merangkumi rekabentuk kualititatif bagi memperolehi maklumat berkaitan melalui sorotan kajian. Perbincangan isu ini adalah menggunakan analisis kandungan artikel-artikel jurnal dan buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan isu pengabaian. Hasil kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa sikap individulistik dan meterialistik, pentingkan kerjaya, jurang komunikasi, tiada kepercayaan oleh warga tua, taraf kesihatan dan masalah kewangan antara faktor utama yang mendorong berlakunya pengabaian terhadap warga tua berlaku di Malaysia. Beberapa langkah yang sesuai bagi menangani isu tersebut juga turut dibincangkan khususnya dalam menghadapi cabaran revolusi industri 4.0.

Downloads

Published

2021-03-18