ANALISIS PENGAJARAN DALAM KISAH NABI SALEH DAN KAUMNYA

Authors

  • Wan Suhailah Binti Wan Abdul Jalil

Keywords:

Nabi Saleh, Qasas Al Quran

Abstract

Artikel ini ditulis bagi menganalisis pengajaran yang terdapat dalam kisah Nabi Saleh dan kaumnya. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Pengkaji menggunakan beberapa buah buku ‘Qasas al-Quran’ sebagai sumber utama selain al-Quran dan Hadis. Kajian ini turut melihat kajian-kajian lepas serta penyelidikan terdahulu menerusi jurnal dan artikel berkaitan kisah para anbiya’. Hasil kajian menunjukkan bahawa, kaum Thamud ialah kaum yang sombong dan derhaka kepada Allah. Mereka diberi kesenangan, kemewahan, kesuburan tanah dan tanaman akan tetapi mereka tidak beriman kepada Allah. Disebabkan kedegilan dan kesombongan mereka Allah mendatangkan azab-Nya kepada mereka

Downloads

Published

2021-02-23

How to Cite

Wan Suhailah Binti Wan Abdul Jalil. (2021). ANALISIS PENGAJARAN DALAM KISAH NABI SALEH DAN KAUMNYA. Jurnal Al-Sirat, 18(2), 22-32. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/11