PENGARUH MEDIA TERHADAP KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Authors

  • Raja Nurul Hafizah Raja Ismail KUIPSAS
  • Wan Hashridz Rizal Wan Abu Bakar KUIPSAS

Keywords:

Pengaruh media, Isu kesihatan mental, Media massa, stigma

Abstract

Isu kesihatan mental merupakan satu isu yang tidak asing lagi kepada masyarakat dunia khususnya di Malaysia. Berdasarkan kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2018, berlaku peningkatan terhadap statistik penghidap penyakit mental iaitu satu per sepuluh dalam kalangan dewasa menghidap kemurungan. Hal ini selari dengan penyataan daripada World Health Organization (WHO) melaporkan bahawa bunuh diri adalah di antara 10 penyebab utama di dunia manakala di Malaysia penyakit mental dijangka menjadi kedua tertinggi dihidapi rakyat Malaysia menjelang 2020. Sehubungan dengan itu, media dilihat sebagai salah satu pengaruh terhadap isu kesihatan mental. Walaubagaimanapun, kajian mengenai pengaruh media terhadap isu kesihatan mental di Malaysia masih kurang didedahkan. Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka secara ilmiah mengenai media Malaysia, peranan media sosial terhadap kesedaran kesihatan mental serta stigma yang wujud tentang isu kesihatan mental melalui media massa. Melalui tinjauan literatur ini mendapati media mempengaruhi peningkatan stigma terhadap isu kesihatan mental dalam masyarakat serta kajian yang lebih terperinci tentang pengaruh media mengenai isu kesihatan mental di Malaysia perlu diperluaskan.

Downloads

Published

2021-02-23

How to Cite

Raja Nurul Hafizah Raja Ismail, & Wan Hashridz Rizal Wan Abu Bakar. (2021). PENGARUH MEDIA TERHADAP KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT. Jurnal Al-Sirat, 19(1), 12-19. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/24

Most read articles by the same author(s)