ISU DAN CABARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB DAN HAFAZAN AL-QURAN PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK

Authors

  • Mohd Zaid bin Ismail UPSI
  • Saipolbahrin bin Ramli UPSI
  • Salmiza binti Abd Rahim Politeknik Sultan Azlan Shah

Keywords:

Isu dan cabaran, pengajaran bahasa Arab dan hafazan, awal kanak-kanak

Abstract

Bahasa Arab mempunyai kedudukan yang istimewa kepada umat Islam
kerana setiap amal ibadah yang dilaksanakan mempunyai kaitan langsung
kepada bahasa Arab. Menyedari hakikat ini, suatu kajian telah dilaksanakan
untuk melihat isu dan cabaran dalam pengajaran bahasa Arab dan hafazan
al-Quran pendidikan awal kanak-kanak. Pengajaran bahasa Arab dan
hafazan surah pendek telah dimasukkan dalam silibus kurikulum standard
prasekolah. Hal demikian, menunjukkan pentingnya mata pelajaran ini
kepada umat Islam. Namun malangnya penguasaan pelajar tadika terhadap
bahasa Arab dan hafazan al-Quran berada ditahap mendukacitakan, masalah
ini berpunca dari penguasaan kosa kata bahasa Arab yang lemah lalu
mengakibatkan kesukaran menguasai pembelajaran bahasa Arab. Justeru,
kajian ini dibuat untuk mengetahuai cabaran pengajaran bahasa Arab dan
hafazan al-Quran dikalangan murid pendidikan awal kanak-kanak. Kajian ini
adalah kajian kualitatif. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual
separa struktur yang dijalankan keatas lima orang responden iaitu pensyarah
IPT dari bidang pendidikan awal kanak-kanak, bahasa Arab, tahfiz dan
qiraat, dan serta guru-guru tadika. Data temubual direkod secara sistematik,
ditranskripsi dan dianalisa secara tematik dengan menggunakan perisian
Atlas-ti 9. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat masalah dan cabaran
dikalangan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
prasekolah antaranya seperti kesukaran akses rujukan berkaitan hafazan al-
Quran dan bahasa Arab serta ibubapa yang meletakkan sepenuhnya
tanggungjawab mendidik kepada guru. Secara implikasi, kajian ini memberi
informasi berkaitan keperluan modul pengajaran hafazan dan bahasa Arab
bagi membantu guru meningkatkan penguasaan subjek tersebut dalam
kalangan kanak-kanak prasekolah.

Downloads

Published

2024-05-03

How to Cite

Mohd Zaid bin Ismail, Saipolbahrin bin Ramli, & Salmiza binti Abd Rahim. (2024). ISU DAN CABARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB DAN HAFAZAN AL-QURAN PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK. Jurnal Al-Sirat, 24(1), 95-103. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/322