KESEDIAAN DAN PENGETAHUAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH DI KALANGAN GURU SAR KAFA DALAM MENINGKATKAN KUALITI GURU

Authors

  • Mohd Mokhtarishah bin Mohamed Mokhtar UMPSA
  • Hasmadi bin Hassan UMPSA

Keywords:

Kesediaan Dan Pengetahuan, Pengajaran Dan Pembelajaran, Teknologi Mudah Alih, Kualiti Guru

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan pengetahuan
terhadap pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi mudah alih di
kalangan guru Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Al Quran dan Fardhu Ain
(SAR-KAFA). Kajian ini dicadangkan setelah melihat keperluan penggunaan
teknologi mudah alih dalam pendidikan sebagai alternatif terbaik untuk
tujuan pengajaran dan pembelajarann. Penggunaan teknologi mudah alih
mempercepatkan penyebaran ilmu pengetahuan dan memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran dari aspek masa, tempat dan kondisi semasa.
Oleh itu, kajian ini berpeluang melihat sejauh mana tahap kesediaan dan
pengetahuan dari aspek penggunaan dan sikap serta mengenalpasti masalah
yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi
mudah alih. Melalui kajian ini juga dapat mengenalpasti jenis atau bentuk
pengajaran dan pembelajaran yang paling dominan dalam kalangan guru
SAR KAFA sama ada dalam bentuk video, audio, slaid, interaktif dan latihan.
Sampel kajian seramai 200 responden yang terdiri daripada guru SAR-KAFA
di 20 buah Sekolah Rendah dalam Daerah Kuantan. Satu set soal selidik yang
mengandungi 46 item dibina oleh penyelidik berdasarkan sumber-sumber
kajian dan diedarkan kepada responden. Manakala data yang diperolehi
dianalisis menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences”
(SPSS) versi 25.0. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan statistik
deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan lazim bagi menjawab persoalan
kajian. Sementara statistik inferensi iaitu Anova sehala, ujian-t dan kolerasi
digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Hasil dapatan kajian ini
diharapkan dapat menyumbang kepada mengenalpasti tahap kesediaan dan
pengetahuan terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan
teknologi mudah alih dan kualiti guru.

Downloads

Published

2024-05-03

How to Cite

Mohd Mokhtarishah bin Mohamed Mokhtar, & Hasmadi bin Hassan. (2024). KESEDIAAN DAN PENGETAHUAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH DI KALANGAN GURU SAR KAFA DALAM MENINGKATKAN KUALITI GURU. Jurnal Al-Sirat, 24(1), 126-134. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/327