PENERAPAN ILMU GENDER DI SEKOLAH AGAMA JOHOR: SATU TINJAUAN AWAL
Keywords:
Rekayasa, ilmu, gender, sekolah agama JohorAbstract
Mutakhir ini, masalah kecelaruan gender di Malaysia kian berleluasa dan menjadi isu dalam negara. Punca permasalahan yang dikenalpasti berlaku kerana kurangnya pengetahuan dan pendedahan agama terutama dalam hal berkaitan gender menurut perspektif Islam. Kajian ini telah dijalankan secara kualitatif dengan menganalisis silibus sedia ada yang digunakan di Sekolah Agama Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmana pengetahuan berkaitan gender menurut Islam diterap dan dalam silibus di Sekolah Agama Johor. Kajian ini mendapati penerapan ilmu gender tidak disentuh secara menyeluruh dan berstruktur di peringkat sekolah. Kajian ini turutmencadangkan agar ilmu berkaitan gender perlu didedahkan dalam kandungan di sekolah agama Johor agar pelajar didedahkan di peringkat awal usia dan mampu menangani cabaran apabila mendepani usia remaja.