ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN KERANGKA LITERASI MEMBACA TEKS BAHASA ARAB BERBANTUKAN TEKNOLOGI AUGMENTASI REALITI (AR) UNTUK MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBK) DI MALAYSIA DALAM KALANGAN GURU

Authors

  • Nur Hanim Binti Hassan

Keywords:

Analisis keperluan, pembangunan kerangka, literasi membaca, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, augmentasi realiti.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat daripada guru bagi tujuan pembangunan kerangka literasi membaca teks bahasa Arab berbantukan teknologi augmentasi realiti (AR). Analisis keperluan ini penting bagi menyediakan maklumat yang jelas untuk pembangunan kerangka literasi agar kerangka yang dibangunkan bertepatan dengan keperluan murid dan dapat membantu menyelesaikan sebarang kebarangkalian permasalahan yang wujud. Populasi bagi kajian ini merangkumi guru yang mengajar di Program Pendidikan Khas (PPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), dan Program Inklusif pada peringkat umur 7 hingga 12 tahun. MBK dalam kajian ini hanya tertumpu kepada kategori Murid yang mengalami masalah pembelajaran (slow learner). Kajian ini melibatkan lima zon di Malaysia. Protokol temu bual separa struktur digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Data kualitatif yang diperolehi akan dianilis secara tematik menggunakan perisian ATLAS.ti 8. Terdapat tiga kumpulan tema yang menghasilkan 10 kod berkaitan data iaitu (1) kaedah pengajaran (2) persepsi (3) Cadangan. Analisis data menunjukkan kerangka literasi membaca teks Arab berbantukan teknologi augmentasi diperlukan dengan tiga tema yang telah dinyatakan. Pembangunan kerangka literasi membaca teks bahasa Arab berbantukan teknologi (AR) untuk MBK diharapkan dapat menyediakan pengalaman pembelajaran yang baru kepada MBK di Malaysia dan seterusnya dapat bersama-sama membantu pihak berautoriti untuk menyelesaikan masalah keciciran murid-murid berkeperluan pendidikan khas dalam arus pendidikan perdana di Malaysia.

Downloads

Published

2024-10-31

How to Cite

Nur Hanim Binti Hassan. (2024). ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN KERANGKA LITERASI MEMBACA TEKS BAHASA ARAB BERBANTUKAN TEKNOLOGI AUGMENTASI REALITI (AR) UNTUK MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBK) DI MALAYSIA DALAM KALANGAN GURU. Jurnal Al-Sirat, 24(2), 218-231. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/372