ULASAN KAJIAN KAMUS KOMPETENSI DI MALAYSIA: TUMPUAN KEPADA SEKTOR KERAJAAN DAN UNIVERSITI
Keywords:
kamus kompetensi, kompetensi, universiti, kerajaan, kemahiranAbstract
Kamus kompetensi merupakan alat strategik dalam pembangunan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh pekerja serta pelajar di Malaysia, khususnya dalam sektor kerajaan dan universiti. Walaupun penggunaannya semakin meluas, masih terdapat kekurangan kajian yang mendalam mengenai struktur, kandungan, dan pelaksanaannya dalam sektor-sektor ini. Kajian ini bertujuan mengkaji beberapa kamus kompetensi yang digunakan dalam kedua-dua sektor, dengan memberi tumpuan kepada kandungan kamus kompetensi, perbandingan struktur, tujuan dan fungsi utama penggunaan kamus kompetensi tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen ke atas sembilan kamus kompetensi di mana empat kamus kompetensi adalah dari universiti dan lima kamus kompetensi lagi dari sektor kerajaan. Selain itu, kajian literatur turut dilakukan untuk memahami konteks pembinaan kamus kompetensi yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan terdapat variasi dalam pembangunan kamus kompetensi, terutamanya dalam aspek kemahiran teknikal dan insaniah; bergantung kepada keperluan organisasi kerajaan dan institusi pendidikan tersebut. Ini menunjukkan bahawa pembangunan kamus kompetensi adalah disesuaikan mengikut keperluan khusus setiap organisasi.