PEMBAHASAN AYAT AL- MUHKAM DAN AL-MUHTASYABIH

Authors

  • Muhammad Hafizi Zul Arif Bin Hamidi
  • Ali Akbar

Abstract

Artikel ini membahas ilmu tentang ulum Al quran yang merupakan salah satu ilmu rujukan utama dan juga merupakan sumber pertama di antara dalil dalil yang disepakati. Penulisan artikel ini juga bertujuan membincangkan mengenai konsep al-Muhkam dan al-Muhtasyabihi dalam Ulum Al Quran yang mana merupakan salah satu dari cabang ilmu yang mendalami pelbagai aspek Al-Quran. Al-Muhkam merujuk kepada ayat-ayat yang jelas dan tegas maksudnya, yang tidak memerlukan penjelasan lanjut. Ayat-ayat ini sering kali berkaitan dengan hukum-hakam dan ajaran yang praktikal dalam kehidupan seharian. Sebaliknya, al-Mutashabih adalah ayat-ayat yang samar atau memiliki maksud yang berlapis, memerlukan tafsiran dan pemahaman yang lebih mendalam serta pengetahuan kontekstual untuk diuraikan. Dalam erti kata yang lain juga, Artikel ini juga mengkaji peranan kedua-dua jenis ayat ini dalam pembentukan hukum syarak, pemahaman teologi, dan tafsir Al-Quran. Di samping itu, perbincangan turut meliputi pendekatan ulama terdahulu dan moden dalam menafsirkan ayat-ayat mutashabih serta implikasinya terhadap kefahaman umat Islam terhadap teks suci mereka. Dengan memahami al-Muhkam dan al-Mutashabih, pembaca diharapkan dapat menghargai kerumitan dan kedalaman mesej Al-Quran serta pentingnya pengetahuan yang mendalam dalam menafsirkan ayat-ayatnya.

Downloads

Published

2025-04-30

How to Cite

Muhammad Hafizi Zul Arif Bin Hamidi, & Ali Akbar. (2025). PEMBAHASAN AYAT AL- MUHKAM DAN AL-MUHTASYABIH. Jurnal Al-Sirat, 25(1), 111-118. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/412