MUHAMMAD RASHID RIDA DAN PEMIKIRANNYA TERHADAP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Authors

  • Norahida Mohamed
  • Husmazahiera Hussin

Keywords:

Muhammad Rashid Rida; pendidikan kanak-kanak; majalah al-Manar; kaedah pengajaran

Abstract

Peringkat pendidikan awal kanak-kanak merupakan fasa yang sangat  penting dalam pembentukan peribadi dan intelektual manusia. Kepentingan pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak mendapat perhatian ramai cendekiawan Muslim seperti al-Ghazali, Ibn Khaldun, Ibn Qayyim Al-Jauziyah dan lain-lain. Antara sarjana Islam yang turut memberikan perhatian terhadap pendidikan awal kanak-kanak ialah Muhammad Rashid Rida. Walau bagaimanapun, belum ada kajian yang membincangkan pemikiran beliau dalam pendidikan kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan konsep pendidikan awal kanak-kanak yang dikemukakan oleh Muhammad Rashid Rida dalam majalah al-Manar.  Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen terhadap majalah al-Manar yang membahaskan tentang pendidikan awal kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan Muhammad Rashid Rida telah membahaskan konsep pendidikan daripada dua dimensi iaitu ta’lim dan tarbiyyah. Perkara  lain yang disentuh dalam majalah al-Manar dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak adalah mengenai persediaan ibu sebelum melahirkan anak serta perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam mendidik anak sejak awal usia. Selain itu, Muhammad Rashid Rida turut membahaskan konsep targhib dan tarhib dan kesesuaian pelaksanaannya dalam mendidik kanak-kanak. Kajian ini dapat memberi sumbangan terhadap penerokaan yang  lebih meluas pandangan sarjana Islam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Downloads

Published

2025-04-30

How to Cite

Norahida Mohamed, & Husmazahiera Hussin. (2025). MUHAMMAD RASHID RIDA DAN PEMIKIRANNYA TERHADAP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK. Jurnal Al-Sirat, 25(1), 136-145. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/413