APLIKASI ILMU FARAID DAN MAQASID SYARIAH DALAM PELAKSANAAN WASIAT WAJIBAH MERUJUK ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM DI MALAYSIA

Authors

  • Nurul Syuhadah Binti Azalan
  • Abdul Halim bin Abdul Karim

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.442

Abstract

Kajian ini membincangkan hubungan antara sistem faraid dan pelaksanaan wasiat wajibah menurut Enakmen Undang-undang Syariah negeri-negeri di Malaysia dengan menekankan penerapan prinsip Maqasid Syariah sebagai asas keadilan pewarisan Islam. Walau bagaimanapun, pengetahuan Masyarakat mengenai wasiat wajibah masih lagi berada pada tahap yang rendah. Oleh itu, kajian ini bertujuan menjelaskan peruntukan undang-undang yang terdapat dalam enakmen negeri-negeri sedia ada yang mempunyai hubungkait dengan ilmu faraid. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan ketara dalam penentuan penerima wasiat wajibah berpunca daripada variasi tafsiran fiqh dan pendekatan pentadbiran Mahkamah Syariah. Walau bagaimanapun, semua peruntukan tersebut menunjukkan kesepakatan terhadap matlamat maslahah dan keadilan sosial, selaras dengan objektif utama Maqasid Syariah iaitu menjaga harta, menjaga keturunan dan menegakkan keadilan. Kajian ini menegaskan keperluan kepada penyelarasan nasional terhadap pelaksanaan wasiat wajibah bagi memastikan keseragaman undang-undang, kejelasan tafsiran dan keadilan terhadap semua waris yang terlibat dalam pewarisan Islam di Malaysia.

Downloads

Published

2025-10-31

How to Cite

Binti Azalan, N. S. ., & bin Abdul Karim, A. H. . (2025). APLIKASI ILMU FARAID DAN MAQASID SYARIAH DALAM PELAKSANAAN WASIAT WAJIBAH MERUJUK ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM DI MALAYSIA. Jurnal Al-Sirat, 25(2), 13-23. https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.442