PENGETAHUAN BAPA DALAM MEMBESARKAN ANAK AUTISME: SATU KAJIAN KUALITATIF

Authors

  • Awatif Hannan Binti Suhaimi
  • Suziyani Mohamed
  • Siti Najihah Binti Mahd Zahari

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.444

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan bapa dalam membesarkan anak autisme. Autisme iailah satu kecelaruan neurologikal yang memberi kesan ke atas komunikasi, interaksu sosial dan tingkah laku seseorang. Kajian kualitatif ini dijalankan di Kedah dan melibatkan tujuh orang bapa kepada anak autisme berumur antara tiga hingga sembilan tahun. Data kajian dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan menggunakan analisis kajian tematik. Dapatan kajian menunjukkan dua tema utama: masalah sosial interaksi dan komunikasi dan masalah tingkah laku. Dari aspek masalah sosial interaksi dan komunikasi, bapa melaporkan anak autisme mereka mengalami kesukaran komunikasi, masalah tumpuan, tiada hubungan mata dan suka bersendirian. Manakala, dari aspek masalah tingkah laku anak autisme mereka mengalami hiperaktif, tantrum, sensetif terhadap bunyi dan suka menyusun mainan. Secara keseluruhannya, kesemua bapa mempunyai pengetahuan yang baik dalam mengenal pasti karakteristik autisme yang selaras dengan kriteria DSM-5. Kajian ini juga menegaskan kepentingan pengetahuan yang mencukupi bagi membolehkan bapa memainkan peranan positif dalam membesarkan anak autisme dan meningkatkan kesejahteraan keluarga.

Downloads

Published

2025-10-31

How to Cite

Binti Suhaimi, A. H., Mohamed, S. ., & Binti Mahd Zahari , S. N. . (2025). PENGETAHUAN BAPA DALAM MEMBESARKAN ANAK AUTISME: SATU KAJIAN KUALITATIF. Jurnal Al-Sirat, 25(2), 33-43. https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.444