PENGINTEGRASIAN APLIKASI GIMKIT DALAM PENGAJARAN PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS KEBERKESANAN DAN TAHAP PENGUASAAN MURID TAHUN ENAM

Authors

  • Azean Idruwani Idrus
  • Nur Syuaidatul Haneesa Mohd Shaffie
  • Nur Hafiza Muhamad Redzwan
  • Wan Nur Insyirah Qistina Wan Ahmad Afif
  • Nur Maizatul Asyira Kadir
  • Nur Fatihah Zaini

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.519

Keywords:

Peribahasa Melayu, gamifikasi, aplikasi gimkit, pembelajaran, Bahasa melayu

Abstract

Peribahasa merupakan elemen penting dalam Bahasa Melayu yang mencerminkan nilai budaya, pemikiran dan akal budi masyarakat Melayu. Dalam konteks pendidikan, penguasaan peribahasa berperanan memperkaya kosa kata murid serta meningkatkan keupayaan mereka menggunakan bahasa secara kiasan dan kontekstual. Namun demikian, murid Tahun Enam masih menghadapi kesukaran memahami maksud tersirat peribahasa, khususnya peribahasa berbentuk kiasan seperti perumpamaan dan kata-kata hikmah. Kesukaran ini menyebabkan murid gagal mengaplikasikan peribahasa secara tepat dalam tugasan lisan dan penulisan, di samping menjejaskan minat mereka terhadap pembelajaran akibat pendekatan pengajaran yang bersifat konvensional dan kurang interaktif. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu yang sukar dikuasai serta menilai keberkesanan  aplikasi Gimkit dalam meningkatkan penguasaan peribahasa. Kajian  menggunakan reka bentuk campuran yang menggabungkan analisis tematik dan analisis kuantitatif deskriptif terhadap data praujian dan pascaujian melibatkan 20 orang murid.Dapatan menunjukkan bahawa perumpamaan dan kata-kata hikmah merupakan kategori paling mencabar. Penggunaan Gimkit meningkatkan prestasi, motivasi dan keterlibatan murid secara signifikan, selaras dengan Teori Penentuan Kendiri (SDT). Kajian ini mencadangkan integrasi gamifikasi dalam PdP Bahasa Melayu bagi meningkatkan penguasaan bahasa secara lebih efektif.

Downloads

Published

2026-04-30

How to Cite

Idrus, A. I. ., Mohd Shaffie, N. S. H. ., Muhamad Redzwan, N. H., Wan Ahmad Afif, W. N. I. Q. ., Kadir, N. M. A., & Zaini, N. F. . (2026). PENGINTEGRASIAN APLIKASI GIMKIT DALAM PENGAJARAN PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS KEBERKESANAN DAN TAHAP PENGUASAAN MURID TAHUN ENAM. Jurnal Al-Sirat, 26(1), 81-93. https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.519