PENDEKATAN ISLAM DALAM MENGHADAPI IDEOLOGI GENDER MODEN: ANALISIS ISU LGBTQ+ KONTEMPORARI

Authors

  • Haswira Salleh Ahim
  • Rabi’atul Adawiah Azman

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.520

Keywords:

Pendekatan Islam, Ideologi Gender Moden, LGBTQ , Kontemporari

Abstract

Isu LGBTQ+ semakin menonjol sebagai cabaran ideologi global dalam masyarakat masa kini, khususnya melalui penyebaran ideologi gender moden yang berakar daripada pemikiran liberal serta diperkukuh oleh media digital, pendidikan global dan hak asasi manusia. Perkembangan ini bukan sahaja mempengaruhi cara manusia mentafisr identiti dan kebebasan diri, malah mencabar kefahaman Islam tentang fitrah dan akhlak terutama dalam kalangan generasi muda Islam. Oleh itu, objektif kajian ini ialah menganalisis ideologi gender moden dan isu LGBTQ+ sebagai cabaran ideologi global dari perspektif Islam berasaskan aqidah, syariah dan maqasid syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan kajian perpustakaan dengan menganalisis karya sarjana Islam klasik dan kontemporari, dokumen badan antarabangsa dan literatur akedemik dalam bidang gender, psikologi dan media. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ideologi gender moden atau LGBTQ+ berfungsi sebagai kerangka pemikiran yang bertentangan dengan prinsip asas Islam khusunya dalam aspek penjagaan agama, keturunan akal dan moral serta berpotensi melemahkan institusi kekeluargaan dan kesejahteraan masyarakat. Terakhir, kajian ini menegaskan keperluan pendekatan Islam yang mampan berteraskan aqidah, syariah, maqasid syariah, akhlak dan tasawuf, bagi menangani cabaran ideologi gender moden secara tegas pada prinsip.

Downloads

Published

2026-04-30

How to Cite

Salleh Ahim, H., & Azman, R. A. . (2026). PENDEKATAN ISLAM DALAM MENGHADAPI IDEOLOGI GENDER MODEN: ANALISIS ISU LGBTQ+ KONTEMPORARI. Jurnal Al-Sirat, 26(1), 94-106. https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.520