HUKUM KANUN PAHANG SEBAGAI COUNTER-ARCHIVE: ANALISIS DEKOLONIAL TERHADAP ARKIB KOLONIAL BRITISH
DOI:
https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.526Keywords:
Hukum Kanun Pahang, arkib kolonial, counter-archive, dekolonial, sejarah PahangAbstract
Hukum Kanun Pahang (HKP) ialah kod undang-undang bertulis tertua kedua di Tanah Melayu selepas Hukum Kanun Melaka Ia disusun semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah (1592-1614). Kajian ini menilai HKP sebagai sebuah counter-archive yang mencabar dominasi arkib kolonial British dalam pembentukan historiografi Pahang dan Tanah Melayu. Berasaskan kerangka teori kuasa–pengetahuan Foucault, teori arkib kolonial Stoler, orientalisme Said dan epistemic injustice Fricker, kajian ini menunjukkan bahawa pengabaian terhadap HKP dalam sumber kolonial bukanlah kecuaian, tetapi strategi epistemik yang terancang untuk mengekalkan hegemoni imperial. Melalui analisis hermeneutik, analisis teks hukum, pembacaan against the grain dan triangulasi antara manuskrip tempatan serta dokumen kolonial, kajian ini mendapati HKP membuktikan kewujudan sistem undang-undang bertulis, struktur governan, ekonomi maritim, etika sosial dan epistemologi Melayu-Islam yang matang sebelum kedatangan British. HKP mengungkapkan memori sejarah yang dipadamkan kolonial termasuk hukum syariah-adat, jaringan perdagangan Sungai Pahang, institusi ulama, dan nilai politik Islam sekali gus memposisikan HKP sebagai dokumen dekolonial yang memulihkan naratif, identiti dan agensi intelektual masyarakat Melayu-Pahang. Kajian ini menegaskan keperluan menulis semula historiografi Pahang melalui sumber tempatan serta mengarusperdanakan HKP dalam penyelidikan undang-undang, sejarah dan governan Melayu-Islam.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.




