SYIAR ISLAM DALAM KONTEKS PERBANDARAN (AL-IMRANIYYAH) MAJMUK: SUATU PEMERHATIAN TERHADAP LAHIRIAH BANDAR KUANTAN, PAHANG (LALUAN BUKIT PELINDUNG KE JAMBATAN TANJUNG LUMPUR)
DOI:
https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i1.527Keywords:
Islam, Syiar, Kuantan Pahang, Perbandaran, MajmukAbstract
Kajian ini meneliti manifestasi syiar Islam dalam konteks perbandaran majmuk di Kuantan, Pahang. Menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan penerapan metode pemerhatian lapangan, dokumentasi dan analisis tematik, kajian ini menilai sejauh mana unsur lahiriah di kawasan tersebut mencerminkan nilai keislaman dan lawan nilai keislaman. Data dikumpulkan sepanjang laluan utama iaitu dari Bukit Pelindung ke Jambatan Tanjung Lumpur. Ia melibatkan pemerhatian terhadap masjid, surau, institusi perbankan Islam, serta simbol dan aktiviti yang bertentangan dengan nilai Islam. Analisis data dilakukan menggunakan gabungan metode induktif, deduktif dan tematik bagi mengenal pasti corak dan perbandingan antara aspek keislaman dan lawan keislaman. Dapatan kajian menunjukkan ketidakselarasan yang ketara, di mana elemen dan nilai bukan Islam jauh melebihi simbol Islam dengan nisbah 50 :9. Hal ini menunjukkan ketidakseimbangan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta realiti penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Kajian ini menegaskan keperluan memperkukuh keterlihatan syiar Islam di ruang awam melalui pembinaan masjid, surau, monumen dan papan tanda Islam, serta kawalan terhadap iklan dan aktiviti yang bertentangan dengan nilai Islam agar pembangunan bandar dan pelancongan selaras dengan asas Islam di Malaysia.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Jurnal Al-Sirat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.




