QAWĀʿID AL-MAQĀṢID SEBAGAI MODEL PEMIKIRAN ARAS TINGGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SYARIAH DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Authors

  • Adam Affiq Yaakop
  • Noor Syahida Md Soh

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.593

Keywords:

Qawāʿid al-Maqāṣid, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM), Pembelajaran berasaskan inkuiri (PBI), Maqasid Syariah

Abstract

Qawāʿid al-Maqāṣid berperanan sebagai asas penting yang membantu meningkatkan keupayaan berfikir aras tinggi secara berstruktur. Berdasarkan konteks pedagogi semasa, pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dan Pembelajaran berasaskan inkuiri (PBI) telah terbukti mampu meningkatkan kemahiran analisis, sintesis, penaakulan dan pembelajaran kendiri serta berkumpulan. Namun elemen dalam pendekatan tersebut banyak tertumpu kepada aspek kognitif sahaja tanpa menghubungkan dengan dimensi syariat. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan meneliti peranan Qawāʿid al-Maqāṣid sebagai satu prinsip yang berupaya meningkatkan kemahiran kognitif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap buku Qawāʿid al-Maqāṣid ʿinda al-Imām al-Shāṭibī karya Dr. Abdul Rahman al-Kailani. Data dianalisis menggunakan kaedah induktif dengan melihat kaedah penulisan penulis berkaitan Qawāʿid al-Maqāṣid untuk menjadikan kerangka KBAT.  Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Qawāʿid al-Maqāṣid membentuk keseimbangan antara akal dengan nas-nas yang mempunyai nilai akhlak, keimanan dan kehendak Syariah. Kajian ini mencadangkan kerangka PBM dan PBI diperkukuhkan dengan model Qawāʿid al-Maqāṣid kearah melahirkan pelajar yang berfikir aras tinggi, mampu menyelidik hukum-hukum kontemporari berpandukan Maqasid Syariah. 

Downloads

Published

2026-09-30

How to Cite

Yaakop, A. A. ., & Md Soh, N. S. . (2026). QAWĀʿID AL-MAQĀṢID SEBAGAI MODEL PEMIKIRAN ARAS TINGGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SYARIAH DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. Jurnal Al-Sirat, 26(1), 187-204. https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.593