KAJIAN TAHAP PENGHAYATAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA SWASTA DI SELANGOR

Authors

  • Noorkharilhuda binti Ibrahim UPM

Keywords:

Penghayatan, Pendidikan Islam

Abstract

Kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap proses pembelajaran Pendidikan Islam sangat penting
dalam membentuk peribadi pelajar kerana generasi mereka yang akan mewarisi tampuk pimpinan akan
datang. Bukan sekadar pengetahuan yang diharapkan malah penghayatan mereka terhadap apa yang
dipelajari dari subjek Pendidikan Islam itu lebih penting agar dapat diterjemahkan dalam bentuk tingkah
laku dan sahsiah mereka. Justeru itu, kajian ini membincangkan tahap penghayatan Pendidikan Islam
para pelajar sekolah menengah agama swasta di Selangor. Kajian ini telah dijalankan secara kuantitatif
ke atas 247 orang pelajar sekolah menengah agama swasta di Selangor dengan menggunakan borang
soal selidik penghayatan pelajar terhadap pembelajaran Pendidikan Islam yang telah diadaptasi dari
kajian lepas. Di dalam kajian ini, statistik deskriptif dalam bentuk skor min digunakan. Hasil kajian
menunjukkan tahap penghayatan Pendidikan Islam para pelajar di sekolah menengah agama swasta di
Selangor berada di tahap yang tinggi.

Downloads

Published

2021-03-27

How to Cite

Noorkharilhuda binti Ibrahim. (2021). KAJIAN TAHAP PENGHAYATAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA SWASTA DI SELANGOR. Jurnal Al-Sirat, 16(1), 73-85. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/60