MEMASYARAKATKAN DAKWAH MELALUI KESANTUNAN BAHASA: SOROTAN RINGKAS DALAM AL-QURAN

Authors

  • Muhamad bin Fairuz Ali KUIPSAS
  • Che Radiah binti Mezah UPM

Keywords:

Kesantunan Bahasa, Memasyarakatkan Dakwah, Al-Quran

Abstract

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai mukjizat membuktikan kerasulan Nabi Muhammad
SAW serta panduan kepada seluruh umat Islam dan masyarakat dunia sepanjang zaman. Ia umpama
kitab panduan hidup manusia yang menjadi rujukan di samping Sunnah Rasulullah. Di dalamnya
terkandung pelbagai ayat galakan, ancaman, syariat, tegahan, pedoman, nasihat dan kisah yang
perlu diambil ibrah daripadanya. Salah satu gaya bahasa al-Quran pula mengandungi kesantunan
bahasa yang perlu dimasukkan ke dalam strategi dakwah untuk menarik mad’u ke arah kebaikan. Hal
ini kerana kesantunan bahasa secara tidak langsung memaparkan keindahan akhlak dan kelembutan
sekali gus menarik hati mad’u untuk mendekati dan menerima nasihat yang disampaikan. Kajian
yang berteraskan kualitatif ini mendapati agenda memasyarakatkan dakwah boleh dilaksanakan
dalam masyarakat dengan menerapkan kesantunan bahasa untuk mencapai peringkat pemahaman
yang lebih berkesan. Hasil kajian ini sangat relevan untuk dijadikan panduan utama kepada para
pendakwah pada masa kini yang berhadapan dengan pelbagai situasi dan tahap pemikiran lapisan
masyarakat.

Downloads

Published

2021-03-27

How to Cite

Muhamad bin Fairuz Ali, & Che Radiah binti Mezah. (2021). MEMASYARAKATKAN DAKWAH MELALUI KESANTUNAN BAHASA: SOROTAN RINGKAS DALAM AL-QURAN. Jurnal Al-Sirat, 18(1), 78-87. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/77

Most read articles by the same author(s)