KAJIAN PERBANDINGAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN FAIDH AL-RAHMAN FI BAYAN ULUM AL-QURAN

Authors

  • Abdul Halim bin Abdul Karim KUIPSAS
  • Umi Rahimah binti Abd. Wahab KUIPSAS

Keywords:

Ulum Al-Quran, Kajian Perbandingan, Kekuatan, Penambahbaikan

Abstract

Kajian ini adalah bagi mengkaji dan membuat perbandingan terhadap dua (2) buah karya Ulum al-
Quran yang terdapat di Malaysia iaitu karya Ulum al-Quran karangan Asmawi Haji Ali dan Karya
Faidh al-Rahman fi Bayan Ulum al-Quran hasil garapan Abdoul Karim Toure & Robiatul Adawiyah
Mohd @ Amat. Pemilihan kedua-dua karya ini dilakukan adalah bertepatan dengan perkembangan
ilmu Ulum al-Quran yang semakin meluas di era ini sehinggakan memberi kesan kepada tahap
penguasaan ilmu al-Quran sama ada dari segi penulisan mahupun bentuk-bentuk pengajian yang
dilaksanakan. Metodologi kajian adalah berdasarkan analisis dokumen dan hasil dari kajian yang
dijalankan telah menemukan wujudnya beberapa persamaan dan perbezaan yang wujud di antara
kedua-dua karya merangkumi aspek tujuan penulisan yang dilakukan, penyusunan topik, bahasa yang
digunakan dalam penulisan, dan juga sumber rujukan. Justeru itu, kemunculan kedua-dua karya ini
telah memberikan sumbangan yang sangat signifikan dalam memacu kefahaman dan pengetahuan
umat Islam terhadap Ulum al-Quran. Ini kerana menguasai Ulum al-Quran merupakan wasilah
terhadap memahami dan menghayati al-Quran dengan sempurna. Namun begitu, terdapat beberapa
bentuk penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memastikan kedua-dua karya ini terus
berperanan dalam memberikan sumbangan yang besar dalam penyebaran ilmu Ulum al-Quran itu
sendiri.

Downloads

Published

2021-03-27

How to Cite

Abdul Halim bin Abdul Karim, & Umi Rahimah binti Abd. Wahab. (2021). KAJIAN PERBANDINGAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN FAIDH AL-RAHMAN FI BAYAN ULUM AL-QURAN. Jurnal Al-Sirat, 18(1), 212-229. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/86

Most read articles by the same author(s)