PERANAN ULAMA DALAM MELESTARIKAN PENDIDIKAN AKIDAH ISLAMIYYAH DI ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Authors

  • Masakaree Ardae

Keywords:

Pendidikan akidah Islamiah, Era Revolusi Industri 4.0.

Abstract

Bagi merealisasikan kekhalifahan di permukaan bumi, manusia dianugerahkan dengan pelbagai kemudahan fizikal di langit dan bumi. Teknologi yang merupakan aplikasi sains dalam menyelesaikan masalah seharian yang dihadapi oleh manusia terus bergerak laju mengubah kehidupan dunia. Ia dimulakan dengan kuasa enjin wap atau enjin stim, diikuti dengan kuasa elektrik, kuasa komputer dan digital. Kini, bermulanya fasa teknologi pacuan tiga domain utama iaitu fizikal, digital dan biologi yang tidak memerlukan penglibatan manusia lagi. Kehadiran gelombang Revolusi Industri 4.0 akan memberi dampak yang meluas terhadap kelangsungan hidup manusia. Mereka terpaksa berubah daripada kebiasaan dan bersedia dengan era baru ini termasuk bidang pendidikan. Pendidikan Islam dan juga akidahnya yang merupakan tunggak keimanan turut tidak terlepas daripada fenomena gangguan dan ancaman ini. Kekeliruan umat Islam terhadap bahan-bahan yang di manipulasi akan terus meningkat. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti aspek-aspek yang perlu diterapkan oleh para ulama akidah dalam rangka usaha memelihara, mengukuh dan menguatkan agama generasi umat dan mengekang segala ancaman persoalan ketuhanan seperti penyembahan Tuhan Robot. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan mengumpul data perpustakaan untuk dianalisis secara analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para ulama akidah perlu bergerak ke arah menginsankan manusia mengikut acuan akidah Islam, mereka perlu berubah ke arah memahami gejala-gejala perubahan sosial dalam pelbagai isu-isu kontemporari serta melakukan reformasi pendekatan hukum-hakam dan akidah yang utuh, berinovasi, sedia menerajui dan berdepan dengan cabaran-cabaran tuntutan perubahan yang bakal dihadapi. Di samping berusaha ke arah kesaksamaan kualiti hidup sejagat dalam mengembangkan pemahaman akidah Islamiah.

Downloads

Published

2021-02-23

How to Cite

Masakaree Ardae. (2021). PERANAN ULAMA DALAM MELESTARIKAN PENDIDIKAN AKIDAH ISLAMIYYAH DI ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0. Jurnal Al-Sirat, 18(2). Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/9