AL-TAFAKUR: TERAPI MEDITASI PSIKOSPIRITUAL DALAM KAUNSELING

Authors

  • Nur Yani binti Che Hussin KUIPSAS
  • Muhammad Nubli bin Abd Wahab UMP

Keywords:

Tafakur, meditasi, kesihatan mental, ibadah, psikologi dan kaunseling

Abstract

Tafakur adalah konsep dalam ajaran Islam yang penting. Teknik tafakur adalah teknik meditasi
psikospiritual yang paling sesuai diamalkan oleh kaunselor Muslim kepada klien. Di barat, pelbagai
kajian yang mengupas keberkesanan meditasi dalam sesi kaunseling. Bagaimanapun sesetengah teknik
meditasi seperti yoga tidak sesuai diamalkan oleh Muslim. Selain itu juga, masih belum ramai pengkaji
yang mengintegrasikan konsep tafakur dalam bidang psikologi dan kaunseling. Tafakur yang
diintegrasikan dengan elemen-elemen psikologi dan fisiologi dapat membantu meningkatkan kesihatan
mental dan mengatasi masalah tekanan. Malah, konsep tafakur dalam bidang psikologi dan kaunseling
juga bukan sekadar dapat meningkatkan tahap kesihatan mental klien, ia juga medium dakwah untuk
menyeru klien mendekatkan diri kepada penciptanya.

Downloads

Published

2021-11-29

How to Cite

Nur Yani binti Che Hussin, & Muhammad Nubli bin Abd Wahab. (2021). AL-TAFAKUR: TERAPI MEDITASI PSIKOSPIRITUAL DALAM KAUNSELING. Jurnal Al-Sirat, 17(1), 173-182. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/163