PENGGUNAAN ALAT EMWAVE BIOFEEDBACK UNTUK MELIHAT KESAN TAFAKUR VISUAL TERHADAP TEKANAN

Authors

  • Nur Yani binti Che Hussin KUIPSAS

Keywords:

Tafakur Visual, Heart Rate Variability Biofeedback, Kesihatan Mental

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan tafakur visual terhadap tekanan menggunakan alat
EmWave Biofeedback. Aktiviti-aktiviti visual seperti melihat, menonton dan menghayati melalui
pancaindera penglihatan yang digabung jalin dengan mengingat Allah dapat memberi kesan
terhadap tekanan. Aktiviti tersebut diukur dengan menggunakan alat Emwave Biofeedback yang
mengukur aktiviti heart rate variability peserta . Seramai 30 orang peserta kajian iaitu pelajar Kolej
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah yang mengalami tekanan yang dikenal pasti melalui
ujian Depession Anxiety and Stress Scale. Peserta kajian yang terlibat yang dibahagikan kepada
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti tafakur visual dapat
membantu mengatasi tekanan seterusnya meningkatkan kesihatan mental.

Downloads

Published

2021-03-27

How to Cite

Nur Yani binti Che Hussin. (2021). PENGGUNAAN ALAT EMWAVE BIOFEEDBACK UNTUK MELIHAT KESAN TAFAKUR VISUAL TERHADAP TEKANAN. Jurnal Al-Sirat, 18(1), 47-56. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/75