PELAKSANAAN PROGRAM DAKWAH KEPADA GOLONGAN PROFESIONAL TINJAUAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN AMALAN AGAMA ISLAM

Authors

  • Ahmad Effat Mokhtar KUIPSAS
  • Ibrahim Hashim UPSI
  • Abdul Munir Ismail UPSI

Keywords:

Program dakwah, golongan profesional, kefahaman dan amalan agama

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan program dakwah kepada golongan profesional Melayu di negeri Pahang dari segi kefahaman dan amalan agama Islam. terdapat beberapa kes dari golongan profesional Melayu telah terlibat dengan ajaran sesat, salah laku dan terlibat dengan golongan LGBT. Reka bentuk kajian tinjauan berpandukan teori perlakuan bersebab digunakan untuk mengetahui hubungan faktor tingkah laku iaitu amalan agama, kefahaman agama dengan pelaksanaan program dakwah. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferens menggunakan korelasi dan regresi berganda. Kajian ini juga menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif. Seramai 318 orang golongan profesional terlibat untuk menjawab instrumen soal selidik. Sementara itu, seramai 37 orang responden yang terdiri daripada golongan profesional, pendakwah serta organisasi terlibat dengan sesi temu bual. Analisis korelasi telah menunjukkan bahawa pemboleh ubah kefahaman agama (r = 0.586), amalan agama (r = 0.528) telah mempengaruhi secara signifikan penerimaan para profesional terhadap program dakwah di negeri Pahang. Dapatan kajian menunjukkan organisasi dakwah banyak menjalankan program dakwah, namun tahap penerimaan dakwah daripada golongan profesional Melayu masih sederhana (min=3.16). Analisis regresi berganda menunjukkan faktor kefahaman agama (β = 0.161) program dakwah mempunyai pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi hubungan antara penlaksanaan program dakwah dalam kalangan golongan professional Melayu. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan penggunaan teori perlakuan bersebab dalam mengenal pasti pelaksanaan program dakwah dapat meningkatkan kualiti program dakwah di Pahang. Implikasi kajian menunjukkan bahawa organisasi dakwah perlu mengambil perhatian terhadap faktor kefahaman agama supaya dakwah dapat diterima oleh golongan professional dengan lebih berkesan.

Downloads

Published

2021-02-23

How to Cite

Ahmad Effat Mokhtar, Ibrahim Hashim, & Abdul Munir Ismail. (2021). PELAKSANAAN PROGRAM DAKWAH KEPADA GOLONGAN PROFESIONAL TINJAUAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN AMALAN AGAMA ISLAM. Jurnal Al-Sirat, 19(1), 67-79. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/30