HOMESCHOOLING (PEMBELAJARAN DI RUMAH) SEBAGAI PENDEKATAN ALTERNATIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BAHASA ARAB UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH B40

Authors

  • Wan Nur Izzati Hazwani binti Kashfi UniSZA
  • Norhayati Che Hat UniSZA
  • Nurazan Mohmad Rouyan UniSZA

Keywords:

Homeschooling, alternatif pendidikan, permasalahan pembelajaran, murid B40

Abstract

Homeschooling adalah alternatif pendidikan yang berlaku di rumah di
bawah kawalan ibu bapa atau tenaga pengajar berpandukan kurikulum
tersendiri. Di Malaysia, konsep homeschooling mula mendapat tempat dan
mula diamalkan oleh kebanyakan keluarga yang memilih untuk mengambil
tanggungjawab mendidik anak-anak mereka mengikut acuan sendiri.
Terdapat banyak kelebihan homeschooling yang menyebabkan ibu bapa
memilih pendekatan ini, seperti aturan kurikulum tersendiri, tempoh masa
pembelajaran yang fleksibel, amalan komunikasi dan persekitaran yang
aktif, serta galakan terhadap sokongan moral dan lingkungan sosial yang
sihat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat keperluan pendekatan
alternatif homeschooling terhadap murid sekolah rendah B40 yang sering
dihubungkan dengan permasalahan pembelajaran dalam pelbagai subjek
harian sekolah, termasuklah subjek bahasa asing iaitu bahasa Arab. Fokus
kajian adalah mengenal pasti permasalahan pembelajaran dihadapi oleh
murid sekolah rendah B40 serta faktor-faktornya, seterusnya melihat
keperluan semasa homeschooling sebagai pendekatan dalam pengajaran
dan pembelajaran bagi subjek bahasa Arab. Satu kaji selidik telah
disebarkan kepada 30 orang responden terdiri daripada guru dan tutor
bahasa Arab di sekitar Kota Bharu dan Selangor yang mempunyai
beberapa ciri khusus. Data diperolehi telah dianalisis melalui perisian
komputer Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 29.0.1.0
untuk melihat min dan peratusan hasil kajian. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa murid-murid B40 dilihat mengalami permasalahan
pembelajaran pada tahap sederhana tinggi berpunca daripada faktor yang
menyumbang kepada keciciran mereka (Min=3.30, SP=0.75). Manakala,
para responden menunjukkan kecenderungan yang tinggi terhadap
pengenalan pendekatan alternatif homeschooling (Min=4.28, SP=0.44)
serta kriteria pendekatan alternatif homeschooling dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab untuk murid sekolah rendah B40 (Min=4.31,
SP=0.44). Kesimpulannya, terdapat keperluan semasa yang positif
terhadap homeschooling sebagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa Arab untuk murid sekolah rendah B40. Oleh itu, kerjasama dan sokongan pihak-pihak tertentu adalah
diperlukan dalam memastikan perkembangan dan pembangunan alternatif
homeschooling dimanfaatkan bersama untuk kepentingan pendidikan murid
B40.

Downloads

Published

2024-05-03

How to Cite

Wan Nur Izzati Hazwani binti Kashfi, Norhayati Che Hat, & Nurazan Mohmad Rouyan. (2024). HOMESCHOOLING (PEMBELAJARAN DI RUMAH) SEBAGAI PENDEKATAN ALTERNATIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BAHASA ARAB UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH B40. Jurnal Al-Sirat, 24(1), 61-77. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/320