ANALISIS LITERATUR SISTEMATIK: PENDEKATAN BERDOA SEBAGAI DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN GURU-GURU SEKOLAH KELAS ALIRAN AGAMA

Authors

  • Awang Hat Mohd Noor Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin,

Keywords:

Berdoa, didik hibur, guru, murid, pelaksanaan, Kelas Aliran Agama

Abstract

Pendekatan berdoa sebagai Didik Hibur (DH) merupakan satu kaedah pembelajaran aktif di mana murid dapat mengamalkan doa dalam konteks yang menyeronokkan sambil belajar. Pendekatan ini mampu menarik minat murid dan memotivasikan mereka terhadap pembelajaran, terutamanya dalam konteks Kelas Aliran Agama (KAA). Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis penyelidikan berkaitan pelaksanaan pendekatan DH melalui amalan berdoa dalam pengajaran guru-guru KAA di sekolah-sekolah dari tahun 2019 hingga 2023. Preffered Reporting Items For Systematic Reviews and Meta Analysis (PRISMA) telah digunakan sebagai kaedah tinjauan dalam kajian ini. Melalui pengkalan data Scopus dan Google Scholar, sebanyak 170 buah artikel telah dikenalpasti sebagai kajian yang berkaitan dengan pendekatan DH. Artikel yang memenuhi kriteria dan kelayakan pada akhir proses pemilihan adalah sebanyak 13 buah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan didik hibur berupaya menarik minat dan memotivasikan murid dalam pembelajaran, seterusnya dapat meningkatkan pencapaian mereka secara tidak langsung. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menggalakkan penggunaan pendekatan berdoa sebagai DH dalam pengajaran dan pembelajaran KAA, agar dapat memberi manfaat serta meningkatkan pemahaman dan pencapaian murid.

Downloads

Published

2024-10-31

How to Cite

Awang Hat Mohd Noor. (2024). ANALISIS LITERATUR SISTEMATIK: PENDEKATAN BERDOA SEBAGAI DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN GURU-GURU SEKOLAH KELAS ALIRAN AGAMA . Jurnal Al-Sirat, 24(2), 1-14. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/354