PENGGUNAAN APLIKASI E-DOA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) DI TUMPAT

Authors

  • Awang Hat Mohd Noor

Keywords:

Aplikasi E-Doa, Bahasa Arab, Kelas Aliran Agama (KAA), teknologi pendidikan, pengajaran dan pemudahcaraan.

Abstract

Kajian ini menilai keberkesanan aplikasi e-Doa dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Arab di Kelas Aliran Agama (KAA) di Tumpat menggunakan pendekatan analisis teks kualitatif. e-Doa ialah aplikasi berasaskan mudah alih yang menyokong pembelajaran interaktif dan fleksibel melalui peranti seperti telefon pintar. Menggunakan Model Pembelajaran Brown (2005) bersama Model Teknologi Pedagogi Kandungan Pengetahuan (TPACK) dan Model SAMR (Substitution, Augmentation, Modification, Redefinition), kajian ini menganalisis pelbagai artikel dan prosiding mengenai keberkesanan e-Doa dalam konteks PdP Bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi e-Doa meningkatkan interaksi pelajar-guru serta pencapaian pelajar dalam subjek Bahasa Arab. Walau bagaimanapun, cabaran seperti keterbatasan capaian internet dan kurangnya pengetahuan teknologi dalam kalangan guru dan pelajar turut dikenalpasti. Kajian ini mencadangkan penyelesaian seperti latihan khusus untuk guru, peningkatan infrastruktur, dan sokongan teknikal bagi mengoptimalkan manfaat e-Doa dalam PdP Bahasa Arab di Tumpat.

Downloads

Published

2024-11-03

How to Cite

Awang Hat Mohd Noor. (2024). PENGGUNAAN APLIKASI E-DOA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) DI TUMPAT. Jurnal Al-Sirat, 24(2), 15-29. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/355